Tuesday, May 1, 2018

SPARKOL VIDEO

YOUTUBE VIDEO

NAMA : MIZA AFIFAH BINTI ABD MANAF
NO MATRIK : BA1511028


NAMA : NURUL AISYAHTUL INSYIRAH BINTI HASSAN
NO MATRIK : BA15110524


NAMA : NOR ALWANI BINTI MOHAMAD BORHAM
NO MATRIK : BA15110396



NAMA : ATTIQQAH BINTI AMID
NO MATRIK : BA15110062



ANALISIS FILEM "MUNAFIK"


ANALISIS FILEM & POSTER SERAM MUNAFIK BENTUK STRUKTURAL
Miza Afifah Ab Manaf (Ba15110282)
Nurul Aisyahtul Insyirah Binti Hassan (Ba15110524)
Nor Alwani Binti Mohamad Borham (Ba15110396)
Attiqqah Binti Amid (Ba15110062)

Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah

1.0 PENGENALAN
Filem adalah satu media yang sangat terkenal di kebanyakan negara. Filem diertikan sebagai sebuah imej yang terhasil dalam bentuk visual bergerak mengandungi unsur penceritaan yang ditulis, diolah dalam bentuk dialog, visual dan bunyi, kemudiannya dirakam menggunakan kamera dan dipaparkan di televisyen, panggung wayang dan sebagainya[1].
Industri filem Melayu mula berkembang pada tahun 1960-an sehingga sekarang pelbagai kaedah diguna pakai untuk menghasilkan kelainan dalam visual setiap cerita. Filem Munafik merupakan filem seram ghairah Malaysia 2016 yang diarahkan oleh Syamsul Yusof. Melalui analisis ini pengkaji meneliti teori struktural dari segi tema dan persoalan, watak dan perwatakan, latar dan laras bahasa yang digunakan dalam filem Munafik ini. Manakala kajian poster pengkaji meneliti watak dominan, props, simbol, latar belakang poster, dan font.
Poster ialah suatu bentuk rekaan grafik yang melibatkan tipografi, ilustrasi, warna dan reka letak yang digubah untuk menyampaikan maklumat secara mudah. Poster merupakan satu elemen untuk promosikan filem. Kebiasaannya, reka bentuk poster bersifat 2D meliputi bahan yang dilukis, dicat, ditulis atau dicetak. Format halaman yang berasingan digunakan untuk mempamerkan maklumat, data, jadual atau tawaran dan juga mempromosikan kepada masyarakat tentang sebab, tempat, produk, syarikat, penyelenggaraan dan organisasi yang hendak disebarkan kepada umum. Kebanyakan poster filem digantungkan di tempat-tempat awam supaya senang dilihat walaupun dari jarak jauh. Poster sangat penting untuk mengingat dan bersifat keterbacaan masyarakat di sesuatu tempat seperti pada billboard, papan tanda dan lain-lain visual. Poster yang dianggap berjaya adalah poster yang dapat menyampaikan mesej dengan jelas kepada masyarakat.
Ilustrasi poster filem yang membezakan filem itu berunsur seram atau komedi. Watak utama secara dominan mencerminkan keperibadian filem tersebut. Font yang menarik serta jelas untuk dibaca juga penting memudahkan penonton mengetahui jenis filem tersebut. Setiap cerita dalam filem mempunyai struktural untuk memudahkan penonton memahami penyampaiannya, selain daripada adegan dan aksi-aksi yang menarik.


3.0 SINOPSIS
Adam dikenali sebagai seorang ustaz yang dikurniakan kelebihan kerana setiap pesakit yang mengalami gangguan berjaya diubatinya mengikut cara perubatan Islam. Sikapnya yang merendah diri dengan kelebihan yang ada pada dirinya itu amat disenangi oleh penduduk kampung di kawasan rumahnya. Kebahagiaan Adam bersama keluarganya tidak dapat bertahan lama apabila dia, isteri, dan anaknya terlibat dalam kemalangan jalan raya yang ngeri. Isterinya Zulaikha, telah meninggal dunia di tempat kejadian, menyebabkan seluruh perasaan dan rasanya mematahkan semangat untuk meneruskan tanggungjawab sebagai pengamal perubatan Islam. Adam seolah-olah tidak dapat menerima ketentuan dari Tuhan, keimanannya mula rapuh, tergugat, tidak sekuat dahulu. Adam mula murung, mengasingkan diri dari jemaah masjid dan lebih senang beribadat di rumah ditemani anaknya Amir.
Maria salah seorang penduduk di kampung itu. Maria mengalami gangguan jin yang teruk hingga ke tahap mental kronik depresi (tekanan perasaan yang serius). Kemewahan keluarganya tidak memberi makna apabila gangguan yang dialaminya semakin menggila kerana Maria hanya bergantung pada ubat penenang. Ayahnya telantar sakit di hospital dan dijaga oleh Zati ibu tirinya. Zati meminta pertolongan orang kampung untuk memujuk Adam supaya mengubati Maria. Selepas kejadian Maria dirasuk teruk, rumah mereka semakin banyak gangguan.
            Adam semakin tertekan dengan sikap anaknya yang turut merindui arwah ibunya ingin, sehingga Adam bermimpi membawa mayat Zulaikha kepada anaknya untuk tunjukkan kebenaran bahawa ibunya sudah meninggal dunia dan akhirnya Adam terjaga dan berasa lega hanya mimpi. Adam terpaksa akur untuk mengubati Maria setelah dipujuk bersungguh-sungguh oleh Imam kampungnya. Bapa Adam, Rahim secara tiba-tiba datang melawat Adam dan cucunya. Adam mencurigai gelagat Rahim yang berada di rumah. Saat pertama kali Adam bertemu Maria, misteri sebenar bermula dan persoalan demi persoalan timbul. Sedikit demi sedikit misteri itu terjawab dengan pelbagai kejadian aneh yang mengganggu hidup Adam. Imam Ali meninggal dunia akibat kemalangan yang berlaku disebabkan gangguan syaitan yang sama dengan Maria dan Adam.
             Apabila tiba di rumah Fazli sudah berada di hadapan rumah Adam. Fazli menasihati Adam supaya jangan menjadi ustaz jika berkelakuan pelik, kerana ia boleh mendatangkan munafik dan jauhkan diri daripada Maria. Rahim menasihati anaknya supaya dibawa untuk berjumpa dengan Ustaz Shah tetapi Adam tidak izinkan. Pada malam itu, Adam mendapat panggilan daripada Zati menyatakan bahawa bapa Maria sudah dijumpai.
            Sesampainya dia di rumah, Adam berjumpa dengan Maria dan Zati. Ketika Adam masuk ke rumah Pak Osman, Adam terjumpa songkoknya dan secara tiba-tiba keadaan menjadi aneh apabila ternampak batu nisan di atas katil bukan Pak Osman. Kemudian Adam mendapat panggilan daripada Zati bahawa dirinya dalam perjalanan ke hospital untuk berjumpa Maria. Adam menjadi gelisah. Di hospital Maria terjaga dari tidur dan merayau dalam bangunan hospital. Secara tiba-tiba Maria ternampak makhluk halus, Maria berlari cuba menyelamatkan dirinya masuk ke bilik mayat. Di bilik mayat itu Maria diculik. Adam sampai di hospital dan berjumpa dengan Zati memberitahu tentang kotak kecil itu di dalamnya ada dua tangkal manusia. Adam terlalu marah Zati dan menyuruhnya menjauhkan diri daripada syirik. Maria menelefon Adam memberitahu dia di Banglo lama dan dia ingin memberitahu rahsia Maria.
            Sesampai Adam di banglo lama dan menjejaki Maria, secara tiba-tiba Adam ternampak mayat di sekeliling bilik tersebut. Ketika itu Adam terjumpa Maria dan berjalan   bersama mencari jalan keluar. Ketika berjalan Adam ditarik oleh makhluk halus dan terlanggar dinding, Maria terjatuh dari tangga atas ke bawah. Adam yang cuba ingin menyelamatkan Maria serta mendengar rahsia kemalangan keluarganya tidak kesampaian kerana Maria mati dan tidak sempat meminta maaf kepada Adam.
            Adam turun ke bawah kemudian ternampak dengan Pak Osman. Pak Osman memberi nasihat kepada Adam untuk menolak keimanan dan bersama dengan iblis/syaitan. Adam menolak, lalu Pak Osman mengarahkan makhluk halus untuk membunuh Adam. Bertubi-tubi Adam dipukul namun, Adam masih menguatkan dirinya untuk bertahan dan berlawan dengan iblis/syaitan, Adam meminta/berdoa untuk mendapat pertolongan daripada Allah supaya dijauhkan dirinya daripada syaitan/iblis.
            Akhirnya, doa Adam dimakbulkan, Pak Osman dipanah petir dan makhluk halus lenyap. Rahim dan Ustaz Shah sudah berada di banglo lama dan bertemu dengan Adam. Ustaz Shah memberikan mainan Amir kepada Adam. Rahim memberitahu bahawa Amir terlibat dalam kemalangan yang lepas dan kembali ke rahmatullah. Adam sangat sedih atas kepergian anak dan isterinya yang tercinta.

4.0 TEORI STRUKTURALIME
Struktur mengikut Luxemburg (1984:36) merupakan kaitan-kaitan tetap antara kelompok-kelompok gejala, manakala Wellek dan Warren (1992:56) memberi pendapat bahawa struktur dimasukkan ke dalam isi dan bentuk, ia dimaksudkan untuk mencapai tujuan estetik. Struktur karya sastera terdiri dari bentuk dan isi di mana bentuk merupakan cara pengarang menggarap filem tersebut di dalam berbentuk visual, tetapi isi adalah buah fikiran pengarang untuk menyatakan sesuatu di dalam tulisannya.
Kajian teks turut dikaitkan dengan teori struktural, Mana Sikana (2005) menjelaskan bahawa struktur lebih kepada susunan, sistem pengatur sesuatu organisasi atau sebagai nama bentuk. Struktural sering diselang selikan dengan pendekatan formalistik dan kadang kala ia satu kajian sama. Strukturalisme pula adalah kajian kepada sebuah teori dalam hubungannya dengan pengertian yang tersusun dan dikaitkan dengan penggunaan lambang-lambang bahasa (2005: 13).
Menurut sejarah, teori struktural adalah hasil daripada pemikiran Aristotle yang diterjemahkan melalui bukunya The Poetic, maka muncullah kajian sastera yang melibatkan unsur dalaman iaitu tema, persoalan, plot, gaya bahasa dan latar (Mana Sikana, 2005: 16). Penggunaan teori ini adalah untuk menganalisis filem seram Munafik untuk mengetahui lebih mendalam mengenai filem tersebut.
Pada dasarnya analisis struktural bertujuan memaparkan sebaik mungkin fungsi dan kaitan antara berbagai-bagai unsur karya sastera secara keseluruhan. Analisis struktural tidak cukup dilakukan hanya sekadar mengumpul data karya sastera sahaja seperti peristiwa, plot, tokoh, latar dan lain-lain. Lebih penting adalah menunjukkan bagaimana hubungan antara unsur dan sumbangan apa yang diberikan terhadap tujuan estetik serta makna keseluruhan yang ingin dicapai. Hal inilah yang membezakan antara setiap karya (Burgan Nurgiyantoro 1998: 37-38).

4.1 Tema
Menurut Stanton (1965: 20) dan Kenny (1966: 88), tema adalah makna yang di kandung oleh sebuah cerita. Tema juga merupakan gagasan dasar umum yang menopang sebuah karya sastera dan yang terkandung di dalam teks sebagai struktur semantis dan yang menyangkut persamaan atau perbezaan (Hartoko & Rahmanto, 1986: 142). Tema adalah sebuah karya sastera yang selalu berkaitan dengan makna (pengalaman) kehidupan (Burhan Nurgiyantoro 1998: 71). Katanya lagi, melalui karya itulah pengarang menawarkan makna tertentu kehidupan, mengajak pembaca untuk merasakan, dan menghayati makna (pengalaman) kehidupan tersebut dengan cara memandang permasalahan itu sebagaimana ia memandangnya.
            Filem Munafik membawakan tema keagamaan yang membawa kepada dakwah Islam. Mesej dakwah dalam filem munafik ini menurut (M. M. Z. Abidin & R. M. Rasit, 2016: 2-3) dakwah merupakan suatu penyeruan terhadap manusia agar terus menyelami agama Islam berdasarkan al-Hasanah (contoh teladan yang baik) yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dan garis panduan ditentukan oleh Allah SWT. Penyampaian filem ini tidak terhad kepada mana-mana peringkat umur, masa, kumpulan mahupun bangsa, hal ini demikian kerana, tema tersebut memberikan makna tersirat dan tersurat kepada audiens.
            Persoalan siapakah yang dikatakan munafik di dalam cerita tersebut, persoalan penolakan dan penerimaan sesuatu perkara yang baik mahupun buruk. Setiap persoalan itu mempunyai jawapan yang kuat yang terdapat dalam filem Munafik ini. Keseluruhannya filem ini memartabatkan agama Islam dan mempengaruhi jiwa audiens supaya membuka mata untuk melihat lebih mendalam apa yang ingin disampaikan.


4.2 Watak Dan Perwatakan
Penokohan atau dikenali watak sangat penting, ia merupakan watak utama yang diciptakan oleh pengarang dalam struktur cerita, hal ini kerana perwatakan yang menggerakkan cerita tersebut ke suatu tempat yang lain. Malah ia yang membezakan siapa yang membawa jalan cerita tersebut.
Syamsul Yusof sebagai Ustaz Adam dan memegang watak utama dalam filem Munafik ini. Adam merupakan seorang ustaz yang mempunyai ilmu pengubatan Islam. Setiap kali ada pesakit yang datang berubat dengannya akan sembuh. Adam mempunyai seorang anak lelaki bernama Amir dan seorang isteri bernama Zilaikha. Adam pernah menimpa kemalangan sehingga menyebabkan kematian anak dan isterinya. Adam seorang yang tidak dapat menerima qada’ dan qadar yang terjadi ke atas dirinya. Sehinggalah dia menyedari bahawa sikapnya yang tidak dapat memaafkan kesalahan orang menyebabkan dirinya mengalami masalah jiwa dan mental. Akhirnya Adam dapat menerima segala ketentuan Tuhan selepas kejadian itu selesai.
Nabila Huda sebagai Maria seorang anak kepada Pak Osman, dan anak tiri kepada Zati. Maria bekerja di suatu syarikat besar, dan seorang yang berkerjaya. Namun Maria mempunyai masalah mental apabila dirinya sering diganggu oleh makhluk halus menyebabkan Maria terpaksa mengambil ubat penenang. Maria seorang yang lemah semangat kerana dia sering dirasuk dan diganggu. Ketakutan Maria untuk memberitahu hal sebenar kepada Adam bahawa dia yang telah melanggar kereta Adam dan menyebabkan kematian isterinya. Akhirnya Maria mati dalam keadaan tragis apabila dia terjatuh dari tangga.
Fizz Fairuz sebagai Shah kawan rapat kepada ustaz Adam. Shah merupakan seorang sahabat yang sering menolong Adam jika dalam kesusahan. Shah memberikan kata-kata semangat kepada Adam untuk menerima segala ketentuan dan takdir Tuhan. Shah juga membantu Adam untuk mengubati Maria ketika sedang dirasuk.
Sabrina Ali sebagai Zati ibu tiri kepada Maria dan isteri kepada Pak Osman. Zati seorang yang kuat apabila dia sering diganggu oleh syaitan. Sikapnya seorang ibu tiri yang suka berleter dan memberi nasihat kepada Maria. Zati sentiasa menolong dan memerhati Maria ketika Maria dalam keadaan tidak terkawal. Zati hampir-hampir dibunuh oleh Maria ketika Maria dirasuk.
Pekin Ibrahim sebagai Fazli sebagai tukang gali kubur. Fazli tidak menyukai sikap Adam yang berkeadaan seperti orang hilang akal. Fazli sering meluahkan perasaan mengenai sikap Adam kepada Shah.
A.Galak sebagai Imam Ali. Imam Ali merupakan Imam kampung tersebut. Imam Ali sering memberikan ceramah kepada penduduk kampung di surau kampung tersebut. Imam Ali sangat sering memberi nasihat kepada Adam supaya menerima qada dan qadar. Imam juga sering membantu Adam untuk mengubati pesakit. Imam Ali telah terbunuh dalam kemalangan jalan raya kerana gangguan jin.
Zarina Zainoordin sebagai Zulaikha isteri kepada Adam. Seorang ibu kepada Amir. Razib Salimin sebagai Pak Osman seorang pengamal ilmu hitam. Mempunyai anak bernama Maria dan seorang isteri bernama Zati. Sering menipu isterinya. Pak Osman berpura-pura sakit dan tidak dapat berjalan sedangkan dirinya sihat. Pak Osman yang menyihirkan anaknya Maria dan cuba untuk membunuh Adam. Akhirnya Pak Osman mati dipanah petir.
Adik Mohd Izuan Fitri sebagai Amir anak kepada Adam dan Zulaikha. Amir sering menjadi bayangan Adam bahawa Amir masih hidup sedangkan ia sudah meninggal. Amir seorang anak yang mendengar kata ayahnya, tetapi sering merindui ibunya yang sudah meninggal.

4.3 Plot
Plot, kejelasan tentang kaitan antara peristiwa yang dikisahkan secara linear, akan memudahkan pemahaman kita terhadap cerita yang ditampilkan. Kejelasan plot bererti kejelasan cerita, kesederhanaan plot bererti kemudahan cerita untuk difahami. Plot mengandungi unsur jalan cerita atau peristiwa demi peristiwa yang menyusul (Burhan Nurgiyantoro, 1998: 110-111).
            (Shanton, 1965: 14) mengemukakan bahawa plot adalah cerita yang berisi urutan kejadian, namun tiap kejadian itu hanya dihubungkan secara sebab akibat, peristiwa yang satu disebabkan atau menyebabkan terjadinya peristiwa yang lain. (Kenny, 1966: 14) plot sebagai peristiwa-peristiwa yang ditampilkan dalam cerita yang tidak bersifat sederhana, kerana pengarang menyusun peristiwa itu sekadar kaitan sebab dan akibat.


4.3.1 Permulaan
Cerita ini bermula apabila Adam, Zulaikha isterinya, dan anaknya terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga meragut nyawa Zulaikha. Kejadian tersebut menyebabkan Adam tidak dapat menerima kenyataan dan takdir hidupnya walaupun sering kali dinasihati oleh rakan baiknya. Maria penduduk kampung yang sama dengan Adam mengalami gangguan jin. Gangguan tersebut sehingga ke tahap yang kronik menyebabkan Maria hanya bergantung pada ubat penenang. Maria hidup dalam keadaan ketakutan. Maria mempunyai keluarga yang menetap di banglo mewah. Kejadian pelik sering berlaku di rumahnya menyebabkan Zati terpaksa meminta bantuan daripada Adam mengubati Maria. Selepas didesak oleh imam akhirnya Adam bersetuju mengubati Maria.

4.3.2 Kemuncak
Perkembangan cerita semakin naik apabila, Maria  dan Adam bertemu di rumah Maria ketika Maria dirasuk teruk. Pelbagai kejadian misteri berlaku sejak mereka cuba merawat Maria. Imam kampung meninggal dunia ketika mengalami kemalangan ngeri setelah mengambil tangkal dari rumah Pak Osman.
Kemuncak cerita ini ketika Maria di culik di hospital lalu di bawa ke rumah banglo. Adam mendapat panggilan dari Maria yang mengatakan di ingin memberitahu hal sebenar berkaitan dengan kejadian kemalangan menyebabkan kematian isterinya. Adam cuba menyelamatkan Maria tetapi Maria telah terjatuh dari tangga. Adam turun ke bawah untuk mendapatkan Maria tetapi Maria hanya mengucapkan kata maaf kepada Adam dan memberitahu bahawa dia yang telah melanggar kereta Adam dan menyebabkan kematian Zulaikha.
Muncul pula Pak Osman yang cuba untuk menjatuhkan keimanan Adam untuk patuh kepada syaitan dan meninggalkan amalannya. Adam diserang oleh syaitan dengan begitu teruk sehingga tubuhnya cedera. Adam masih kuatkan dirinya untuk melawan syaitan tersebut dengan meminta pertolongan daripada Tuhan. Adam membaca ayat-ayat suci lalu disemburkan kepada Pak Osman menyebabkan Pak Osman telah dipanah petir dan mati terbakar.


4.3.3 Peleraian
Cerita ini berakhir setelah Adam dapat mengalahkan Pak Osman dan menghapuskan syaitan. Dirinya sedar bahawa dia tidak dapat menerima ketentuan Tuhan dan tidak memaafkan orang yang telah menyebabkan kematian isterinya. Adam berhalusinasi sendiri menyangka anaknya masih hidup sedangkan anaknya telah mati di dalam kemalangan itu bersama dengan Zaulaikha. Akhirnya Adam dapat menerima segala kejadian yang dihadapinya dan memaafkan segala-galanya.

4.4 Latar
Latar merupakan tempat, suasana, dan waktu dalam terjadinya sesebuah cerita. Latar mampu perkuat atau pertegas keyakinan pembaca dalam keadaan jalan sesuatu cerita. Latar boleh terbahagi pada tiga umumnya. Antaranya ialah latar tempat, latar masyarakat dan latar masa.
            Latar masa dalam filem ini adalah sekitar tahun 2015. Terdapat juga beberapa latar masa yang digunakan oleh pengarah iaitu seperti penggambaran pada waktu pagi, petang, dan malam. Sebagai contoh, waktu malam dimana Adam sering mengubati pesakit dari gangguan makhluk ghaib seperti syaitan dan jin.
Seterusnya, dalam filem Munafik ini juga menerangkan latar tempat iaitu di kawasan hospital dan perkampungan. Sebagai contoh, ketika kemalangan Adam dan sekeluarga berlaku, ianya berlaku di kawasan perkampungan sunyi, dan Adam telah terbabas di sebuah pokok ketika pemanduannya. Di hospital pula, adalah dimana tempat Maria terjaga daripada tidur dan merayau di sekeliling dan tiba-tiba terserempak dengan makhluk halus. Beliau Maria ingin menyelamatkan diri dan berlari ke bilik mayat lalu membuatkan dirinya panik sehinggalah diculik.
Latar masyarakat dalam filem ini umumnya menunjukkan masyarakat yang bekerjasama lebih-lebih lagi dalam menolong Adam menghalau hantu dari badan pesakit. Hal ini menunjukkan masyarakat dalam filem ini suka bantu membantu selain ada yang tidak puas hati dan dengki sesama sendiri. Sebagai contoh, Pak Osman yang begitu iri hati sifatnya telah dipanah petir pada akhir cerita. Hal ini menunjukkan filem ini bukan sahaja menimbulkan antagonis watak, namun juga protagonis watak.


4.5 Teori
Filem ini menggunakan teori yang lebih kepada penyampaian dakwah. Namun, pada sudut yang lain filem ini menyebarkan teori feminisme dimana Adam yang begitu meratapi pemergian isterinya, Zulaika. Hal ini menunjukkan seorang isteri yang cukup feminis sifatnya, begitu kuat disisi suami kerana perempuan bukan sahaja mampu melahirkan anak, namun juga mampu melakukan segala kerja rumah dengan sempurna.

Teori modernisme juga diangkat dalam filem ini iaitu dalam penyampaian perasaan yang begitu penting dan pandangan pada seseorang individu. Sebagai contoh, Adam yang begitu sopan sifatnya dan merupakan seorang ustaz, sering mengalami percanggahan idea dan pandangan individu lain yang menanyakan beliau tentang Islam serta cara perubatan pesakit dalam Islam.
           
Teori pasca moden juga terdapat dalam filem Munafik ini. Ianya menggalakkan pemikiran yang bertentangan dengan modenis yang mempercayai bahawa tiada realiti objektif, dan segala “kebenaran” adalah subjektif. Hal ini boleh dimaksudkan sebagai sesuatu ayat atau persoalan yang masih boleh dipersoalkan. Sebagai contoh, Adam yang bilamana mengeluarkan fakta Islam kepada anaknya, pasti akan dipersoalkan tanda proses pembelajaran kanak-kanak itu untuk ke tahap yang lebih dewasa. Justeru itu, dalam filem Munafik, setiap kebenaran itu adalah ciptaan manusia dan ianya merupakan asas kepada pendekatan dekonstruksi iaitu membawa maksu tiada apa-apa dalam dunia ini yang tidak berubah.

4.6 Laras Bahasa
Definisi laras bahasa ialah gaya atau cara dalam menggunakan sesuatu situasi. Laras akan sentiasa berubah-ubah mengikut fungsi dan keadaan dan menitikberatkan pilihan kata atau istilah. Laras bahasa sering menggunakan struktur ayat yang berlainan mengikut disiplin atau bidang tertentu. Mengikut Za’ba (1962), laras ialah rupa bahasa yang dipakai apabila bercakap atau mengarang yang menggunakan sedikit kekreatifan. Ianya adalah untuk menghuraikan sesuatu perkataan baku, ikatan ayatnya, jalan bahasanya, dan cara susunannya. Laras bahasa juga ada mempunyai bentuk peribahasanya. Manakala mengikut Brian Seaton (1982) pula laras ialah satu variasi bahasa yang wujud daripada situasi yang berlainan seperti umur, jantina dan tajuk percakapan.
Filem ini banyak menggunakan laras bahasa umum iaitu yang mudah difahami seperti dialog yang dilontarkan oleh Ustaz Adam kepada anaknya atau penduduk kampungnya ketika mengubati orang sakit atau orang yang kena rasuk. Terdapat juga pengguguran penggunaan kata sendi nama dan penggunaan ayat yang pendek dan ringkas. Jelas lagi, filem ini banyak menggunakan laras bahasa agama seperti bahasa klasik terutama pada kosa katanya. Sebagai contoh, Ustaz Adam sering menggunakan istilah agama dan ayat Al-Quran yang khusus bagi merawat pesakit yang sering diganggu makhluk ghaib.
Laras bahasa pasar juga digunakan terutamanya dalam percakapan dan dialog Adam bersama anak dan masyarakat lain. Sebagai contoh, ada singkatan perkataan seperti ‘nak’, dan ‘tak’ yang digunakan oleh Adam dalam memberikan lebih keberkesanan dari aspek lontaran dialog dan emosi pelakon. Selebihnya, laras bahasa kanak-kanak juga ada dalam filem ini. Sebagai contoh, laras bahasa Amir, bila berdialog bersama ayahnya, Adam dalam menyampaikan sesuatu. Dalam laras ini, biasanya bahasa perlambangan langsung tidak digunakan dan begitu juga dengan bentuk bahasa yang berbunga-bunga. Ianya lebih kepada terang-terangan dan spontan.

4.7  ANALISIS POSTER MUNAFIK 

4.7.1    Watak
Dalam poster ini, mempunyai dua watak yang telah ditonjolkan. Watak amat penting untuk di teliti penilaian watak perwatakan yang teliti memainkan peranan yang penting meliputi ekspresi wajah, tingkah laku, posisi dan bahasa tubuh. Watak yang dipaparkan dalam poster kebiasaanya merupakan watak yang membawa cerita maju ke depan dari permulaan hingga pengakhiran. Meniru gaya aksi dan gaya pengucapan dialog yang mewakili reality sebenar masyarakat khasnya masyarakat Melayu. Perletakan watak di tengah-tengah itu kelihatan seimbang dan menunjukkan watak tersebut yang akan berada di permulaan, pertengahan dan pengakhiran cerita ini.

4.7.2    Teks
Bahasa yang digunakan dalam poster adalah berbentuk teks atau copywriting yang mana bahasanya dipertuturkan oleh masyarakat melayu. Penggunaan bahasa melayu yang menggambarkan perkataan menonjolkan sifat atau sikap individu yang kini ada di sekeliling kita dan menggambarkan individu tersebut. Bahasa yang digunakan dalam poster ini yang merujuk kepada tajuk adalah campuran bahasa yang berasal daripada bahasa Arab iaitu Munafik. Bahasa ini juga telah banyak diguna pakai dalam bahasa melayu dan sering diungkapkan oleh segelintir masyarakat untuk menggambarkan keadaan seroang individu yang munafik. Teks yang digunakan juga mudah difahami dan dibaca oleh semua penonton. Teks dan watak di atas juga dapat menimbulkan persoalan dan apa hubungan di antara kedua-kedua perkara di atas.

4.7.3 . Simbol
Poster merupakan satu bentuk seni komunikasi yang berfungsi sebagai alat pengiklanan, perhubungan, pengumuman atau alat pemberitahuan bagi mempromosikan sesuatu perkhidmatan atau barang. Poster berfungsi untuk menyampaikan mesej dengan jelas, cepat dan berkesan kepada audien.
Simbol merupakan satu isyarat atau perlambangan yang memberi sesuatu makna dan maksud yang tersendiri. Poster ini menggambarkan sebuah filem seram. Melalui poster ini dapat dilihat genre seram yang menonjol iaitu penggunaan tangan makhluk halus pada muka seorang lelaki.  Tangan makhluk halus memberi simbol maksud manusia tidak akan terlepas daripada godaan syaitan atau jin. Penggunaan gender lelaki digunakan dalam poster bagi menunjukkan simbol kekuatan watak utama dalam filem ini. Justeru itu, ekspresi wajah watak tersebut mampu menunjukan suatu perasaan samaada takut, ragu-ragu dan sebagainya.

4.7.4 . Warna

Di samping itu, warna merupakan elemen yang penting dalam pemilihan membuat poster. Warna memberi kesan yang mendalam kepada audien malah, turut memberi kesan kepada  atau mood kepada poster. Contohnya, poster yang menggunakan warna suram dan gelap menunjukan poster tersebut suram serta mewujudkan unsur seram sama seperti penggunaan poster filem Munafik ini. Penggunaan warna yang digunakan dalam poster ini berjaya mewujudkan unsur seram. Justeru itu, pemilihan warna yang gelap seperti hitam dan warna panas seperti merah dan jingga turut memberi kesan yang lebih realistik dalam mengutamakan genre seram filem tersebut. 

5.0 Kesimpulannya
            Kesimpulan secara keseluruhan analisis ini kita dapat lihat perkaitan antara kesemua elemen ini bersambung antara satu sama lain. Bermula dari unsur luaran sehinggalah kepada unsur dalaman filem dan poster tersebut. Setiap analisis ini merungkaikan banyak maksud dan makna yang tersurat mahupun tersirat.
            Dengan menggunakan teori struktural ini pengkaji mengkaji beberapa elemen iaitu dari segi filem pengkaji menganalisis tema, watak dan perwatakan, plot dan latar manakala poster pula, pengkaji menganalisis watak dominan, latar belakang poster, props yang digunakan, simbol yang terdapat dalam poster tersebut yang menjadi lambang kekuatan filem Munafik, bentuk atau jenis huruf (font) yang dipakai bersesuaian dengan filem Munafik.



[1] http://studentsrepo.um.edu.my/5083/2/BAB_1.pdf

BERITA


BERITA

NAMA : MIZA AFIFAH BINTI ABD MANAF
NO MATRIK : BA15110282

Program Kolej Kediaman Sri Angkasa
25 Februari 2018
BENGKEL SENI SUARA MEMBAKAR SEMANGAT

Exco kebudayaan dan kesenian JAKMAS KKSA julung kalinya mengadakan program bengkel seni suara untuk mengasah bakat dalam pertandingan menyanyi, malah menjadikan diri setiap pelajar seorang yang berdedikasi.
Ahmad Rafiandie Bin Awang @ Awang Ahmad Artis Budaya B19 berkata ‘untuk menjadi seorang artis perkara utama perlu ada dalam diri adalah keberanian dan persediaan dari segi mental dan fizikal’.
Katanya lagi penyanyi yang berbakat bukan sahaja pada vokal namun kepercayaan pada diri yang mendorong seseorang itu berusaha keras untuk terus berjaya.
Bengkel ini bertempat di bilik seminar L, Kolej Kediaman Sri Angkasa Universiti Malaysia Sabah. Seramai 50 orang peserta menyertai bengkel ini dan dirasmikan oleh pengetua kolej kediaman Encik Wijaya Kamal Bin Ramlan.
Bengkel tersebut berlangsung dari jam 8:00 pagi sehingga 6:00 petang. Sarapan, makan tengah hari dan minum petang turut disediakan oleh pihak penganjur.
Perisian bengkel tersebut peserta di ajar teknik ‘height not, low not, key, penghayatan, tempo dan penguasaan pentas. Setiap pelajar diberi peluang melontarkan vokal dan menari secara perseorangan.

Hubungi            Miza Afifah, Pelajar Universiti Malaysia Sabah
Telefon             195224604


Siaran Akhbar Ceramah Tadbir Urus Baik
16 April 2018
TADBIR-URUS BAIK PENDUDUK SETINGGAN MENDAPAT RUMAH

Menteri kerajaan tempatan dan perumahan Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, tadbir urus merangkumi aspek-aspek seperti tatacara ketua Eksekutif/Ketua Jabatan dan para pegawai di semua peringkat pengurusan melaksanakan tanggungjawab secara telus dan berhemah dari segi pengambilan dan penyampaian hasil struktur termasuk budaya kerja, dasar, strategi serta tatacara mereka berurusan dengan pelbagai pihak yang berkepentingan dan proses di mana agensi awam diurus/diarah, dikawal dan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan objektif telah dipersetujui.
“Kata beliau sebanyak 1000 unit rumah program PPR akan disewakan kepada golongan sasaran iaitu golongan berpendapatan rendah dan setinggan”.
Beliau juga berkata bahawa pihak berkuasa sedaya upaya untuk mengurangkan masalah setinggan di negeri Sabah dengan pelbagai usaha yang telah dilakukan.
Namun setiap tahun setinggan sentiasa tumbuh ‘bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan’ di mana-mana tempat sahaja kerana populasi manusia semakin meningkat setiap tahun.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Siri Kuliah No.4 ‘Pihak Berkuasa Tempatan: Tadbir Urus Baik’ anjuran Majlis Profesor Negara Chapter Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Dewan Resital, pada Isnin.
Hadir sama ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Ginun Yangus: Dekan Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, UMS, Profesor Dr. Ismail Ibrahim dan Pengerusi Majls Profesor Negara, UMS, Profesor Datuk Mohd. Hamdan Adnan.

Hubungi            Miza Afifah, Pelajar Universiti Malaysia Sabah

Telefon             195224604


25 April 2018
TANZER PRODUCTION MEMPERSEMBAHKAN KONTRA EDISI 5

Universiti Malaysia Sabah – Seramai enam belas (16) orang koreografer tahun tiga (3) major tari dari Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan (FKSW) mempersembahkan tarian mereka pada malam itu. Tanzer Production ada kelainannya dalam seni persembahan mengikut kisah hidup mereka.
Antara koreografer yang menarik perhatian pada persembahan itu adalah DREAM OFF. Koreografer ke 8 Nurainiza Umira membawakan persembahan gabungan antara tentera dan seni tarian.

“Tarian tersebut menceritakan kisah hidupnya yang terpaksa memilih antara pelajaran ataupun minatnya terhadap pasukan tentera. Akhirnya dia terpaksa akur untuk memberikan komitmen yang lebih kepada pelajarannya dalam tarian kerana itu yang akan membawanya ke arah kejayaan” sedikit sinopsis yang dibacakan oleh pengacara majlis.

Menurut dekan FKSW, Prof Ismail Ibrahim dalam ucapan beliau “Kontra lima membawa bermaksud gabungan antara tarian kontemporari dan tradisi Melayu yang sangat menarik dipersembahkan.”
Persembahan ini berlangsung selama tiga hari dari bertarikh 25 sehingga 27 April. Pada tanggal  27 pelbagai tarian tradisional Melayu semenanjung dipersembahkan terutamanya tarian Bharata Natyam, tarian tradisional dari Kedah, Melaka, Pahang.

Turut hadir bersama pada malam 26, Timbalan dekan Dr. Puad Debit ketua program Miss Hajijah Lamiri, serta lima (5) orang penilai dari  dalam dan luar UMS, antaranya En. Sharifudin Zainal, En. Jutien Cristyanto, En. Wan Mohd Nazil, En Syamsul bin Ismail, dan Miss David.



NAMA : NURUL AISYAHTUL INSYIRAH BINTI HASSAN
NO MATRIK : BA15110524


TEATER MAMBO HORSE BERJAYA PANCING EMOSI PENONTON 
Khamis, 22 Mac 2018 – Pementasan teater Mambo Horse sekali lagi berjaya menarik ramai penonton untuk hadir menonton dan menggegarkan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian (JKKN) negeri Sabah. Mambo Horse merupakan karya dari Roslee Mansor dan diadaptasi oleh Encik Sharifuddin Zainal atau lebih dikenali sebagai Encik Shah, pensyarah Seni Kreatif merangkap pengarah teater itu. Encik Shah yang terkenal dalam bidang lakonan dan pengurusan teater telah mementaskan Mambo Horse dengan membawa beberapa pendekatan yang mampu memberi kelainan kepada penonton.
Teater ini telah berlangsung selama satu jam setengah bermula kira kira jam 8 malam. Teater ini telah membawa beberapa pelakon dari pelajar pascasiswazah dan pelajar Seni Kreatif sendiri bagi mencuba bakat dan pengalaman baru dalam proses menimba ilmu kesenian ini. Sedikit sinopsis tMambo Horse ini ialah teater ini berunsurkan eksperimental dan menyingkap pengalaman pahit seorang pelacur yang teraniaya dan mengangkat martabat feminisme. Pementasan berlangsung dengan penuh keunikan, terutama dari segi pencahayaannya yang memainkan peranan penting dalam menghuraikan babak cerita.
Penonton yang hadir pada malam itu berjaya memenuhi ruangan kerusi yang disediakan. Hal ini kerana terdapat juga ahli keluarga pelakon atau pihak yang terlibat datang menyokong dan menonton pementasan tersebut. Mambo Horse yang sarat dengan mesej pengajaran terutamanya dari segi  isu kekeluargaan, feminisme,  kejiranan, dan semangat setia kawan serta kekasih dan sebagainya.
Hal ini dilihat kerana Mambo Horse sebelum ini telah berjaya memenangi beberapa anugerah yang dipertandingkan seperti pelakon terbaik, pengarahan terbaik, dan sinografi terbaik. Hal ini sekaligus dilihat mampu memberi impak yang positif kepada pelajar dan nama baik UMS kerana mampu melahirkan bakat yang berkualiti dari anak muda sekarang.



KUNJUNGAN SASTERAWAN NEGARA KE BLOK SENI, FKSW, UMS.
Khamis, 15 Mac 2018 – beberapa tokoh sasterawan negara telah hadir dalam satu program yang mengangkat kesusasteraan Melayu ke arah yang lebih tinggi lagi. Program itu yang diacarakan oleh salah seorang pensyarah Seni Kreatif, Encik Sharip Zainal telah memberi beberapa elemen lucu dan serius memandangkan beliau begitu popular dalam bidang pengacara majlis. Program tersebut bertujuan untuk menyambut sasterawan negara kita yang ke 11, iaitu Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah telah dirasmikan oleh dekan fakulti iaitu Professor Ismail Ibrahim.
Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah atau lebih dikenali sebagai Kamala juga merangkap presiden Persatuan Sasterawan Malaysia sebenarnya bertujuan untuk mengangkat martabat kesusateraan Melayu ke tahap yang lebih tinggi lagi. Hal ini mampu memberi sikap yang lebih konsisten lagi kepada setiap masyarakat dalam menduniakan Bahasa Melayu.
Program tersebut dihadiri beberapa lagi orang ternama dibawah naungan dunia kesusasteraan seperti ahli Nusantara Melayu Raya atau lebih dikenali sebagai NUMERA itu sendiri iaitu Umar Uzair, Shirley Idris, Dato Dr. Nashuha Jamidin dan salah seorang daripada wakil DBP bahagian Kota Kinabalu.
     Pengisian dalam program tersebut dipenuhi oleh ucapan tokoh yang disambut, Kamala dalam memperkenalkan apa itu persatuan NUMERA dan dihiasi dengan bacaan puisi oleh Umar Uzair. Beliau mendeklamasikan puisi yang bertajuk Cenderawasih dan mendapat sambutan ramai kerana gaya penyampaian puisi tersebut dianggap unik dan didendangkan dalam bentuk lagu. Shirley Idris juga tidak ketinggalan dalam membentangkan puisinya yang bertajuk Bahasa Bertamsilkan Dosa.
Manakala beberapa orang pelajar tahun dua dan tiga di blok Seni dibawah major penulisan program Seni Kreatif itu sendiri juga menyampaikan puisi ciptaan masing-masing dan hal ini mampu memberi perkongsian ilmu yang berguna pada mereka yang terlibat. Percambahan ilmu serta idea yang baru dan bernas dapat digunapakai oleh pelajar dalam melatih tubi diri mereka menghasilkan karya puisi dan sastera ke arah yang lebih baik dan berkualiti.


MAHAKARYA 2018 MERIAH 
Isnin, 23 April 2018 – Mahakarya 2018 sekali lagi membuka tirainya menandakan bermulanya proses penilaian projek akhir bagi pelajar tahun akhir Seni Kreatitf (HA11). Majlis itu yang bermula pada kira-kira jam 9.30 pagi telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW). Pada permulaan majlis, telah didendangkan lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan lagu UMS. Seterusnya, tarian sambut tamu telah ditarikan oleh pelajar tahun akhir Seni Kreatif major tari.
          Majlis terus berlangsung dengan ucapan dari ketua pengarah Mahakarya, iaitu Saudara Mohd Nazri bin Jamiri yang merupakan pelajar tahun akhir, major penulisan. Selesai sahaja ucapan tersebut, ucapan perasmian dari Dekan FKSW juga berjalan lancar diiringi oleh protokol yang juga merupakan beberapa orang perempuan dari pelajar major penulisan. Mahakarya 2018 dimeriahkan lagi dengan bacaan puisi dari pelajar penulisan, iaitu saudara Sabir Syarifuddin dan saudari Siti Nor Hazatulazwah.
          Mahakarya pada pagi itu telah berjalan sekitar hampir dua jam dimana ianya telah dihiasi beberapa slot seperti persembahan spontan dari tiga produksi pelajar teater yang mewakili 11 produksi untuk bertanding pada hari Festival Teater Malaysia di Dewan Resital, UMS. Aksi spontan tersebut juga merupakan promosi kepada teater yang bakal bertanding dalam proses pembelian tiket masuk ke dalam dewan.
          Terdapat juga tayangan montaj yang telah disediakan hasil gabungan pelajar major Tari, Penulisan, dan Teater selama tiga tahun bertapak dan menimba ilmu di UMS. Selesai tayangan, terdapat satu tarian penutup oleh pelajar major tari tahun tiga yang mengiringi lagu ‘Jai Ho’. Hal ini memberikan lebih kemeriahan pada majlis tersebut. Sesi bergambar turut diadakan sebagai tanda kenang-kenangan memandangkan pelajar tahun akhir yang terlibat akan melangkah keluar universiti tidak lama lagi. 


NAMA : NOR ALWANI BINTI MOHAMAD BORHAM
NO MATRIK : BA15110396


KELEBIHAN POLITIK DI KALANGAN MAHASISWA
Kota Kinabalu, Sabah. Di era kemodenan ini, politik di kalangan mahasiswa semakin hari semakin mendatangkan kesan yang positif di kalangan mahasiswa. Kebanyakan mahasiswa di universiti ipta dan ipts memperjuangkan hak mereka sebagai pelajar melalui demokratik dan media sosial. Bantahan demi bantahan dilakukan untuk memperjuangkan hak mahasiswa sehingga menimbulkan isu yang berbangkit kekotoran.
Dengan politik, mahasiswa akan mengetahui hak mereka di universiti seperti isu wifi. Wifi merupakan penggunaan asas di setiap ipta dan ipts walaupun ramai pihak mengatakan wifi tidak termasuk dalam pembayaran yuran universiti. Pihak unversiti wajib menyediakan wifi sebagai kemudahan asas untuk pembelajaran mahasiswa. Dengan ini, univerisiti juga akan tergolong sebagai infrastruktur yang baik dalam kalangan ipta dan ipts lain.
Selain itu, melalui politik, mahasiswa juga akan berani bersuara dan memberikan pendapat tentang kemudahan-kemudahan awam seperti pengerakan bas dalam universiti. Hal ini kerana, pihak unversiti juga harus mendengar suara mahasiswa untuk menambaikan kemudahan bas mereka. Pihak universiti wajib menyediakan bas yang cukup dan setimpal dengan jumlah mahasiswa di universiti. Bukan hanya menyediakan kemudahan sambil lewa dan mementingkan diri sendiri.
Kelebihan politik di kalangan mahasiswa akan dapat memperjuangkan hak mereka sendiri seperti bersuara dalam kekurangan kemudahan asas seperti wifi dan bas. Tambahan pula, perkara ini juga akan memberi nama baik unversiti setanding dengan universiti yang hebat di luar sana.  


KURSUS ETIKA DAN PROTOKOL
ISNIN, 27 MAC - Exco Perhubungan Korporat Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) Kolej Kediaman E, Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya menganjurkan Kursus Etika dan Protokol di Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2 baru-baru ini.
Menurut Pengarah Program, Siti Irra Shahirah Mohd Yasin, kursus sehari itu bertujuan memperkasa kesedaran etika dan protokol yang merupakan salah satu kemahiran insaniah yang penting untuk dikuasai para mahasiswa.
“Ia bagi memberi pendedahan dan mengajar siswa-siswi agar mengetahui dengan lebih jelas sekali gus mematuhi etika dan protokol sesuatu majlis dan memudahkan mereka dalam menganjurkan sebarang program,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, kursus itu telah diisi dengan slot ceramah penyediaan minit mesyuarat, penulisan berita, slot penyediaan ‘banner’, ‘bunting’ dan poster serta slot ceramah penulisan surat rasmi dan pengurusan majlis. 
Siti Irra berkata, setiap slot disampaikan penceramah jemputan yang dibarisi Pegawai Psikologi Bahagian Sumber Manusia, Carrie Grace Jaymess; Ketua Sektor Komunikasi Strategik Bahagian Perhubungan Korporat (BPK); Che Hasruddin Che Hasan, Pereka Kanan BPK; Azmawati Amarasikin serta Kurator BPK, Mohd Hilmey Saili.
Kursus itu disertai 75 peserta daripada ahli-ahli JAKMAS, Majlis Ketua-Ketua Sekretariat (MKKS),  Majlis Ketua-ketua Blok (MKKB), Majlis Ketua-ketua Kelab (MKKK) dan pelajar Kolej Kediaman E.


HOSPITAL DAN MASA DEPAN UMS
KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan pelancaran projek pembangunan sebuah hospital pengajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kos berjumlah RM652 juta yang dijangkakan siap pada tahun 2021. Berkeluasan 110,853 kaki meter persegi, hospital pengajar berkenaan boleh memuatkan 400 katil pesakit dan antara perkhidmatan bakal disediakan adalah pusat pembelajaran perubatan dan trauma 24 jam, perkhidmatan pemeriksaan pelajar perubatan perubatan dan jururawat selain dilengkapi rawatan ortodontik.
Najib berkata, kerajaan secara prinsipnya turut bersetuju menjadikan hospital pengajar tersebut sebagai hospital pintar dalam usaha meningkatkan lagi kualiti pendidikan perubatan serta perkhidmatan kesihatan di negeri ini.
Jelasnya, ia akan dilakukan secara berperingkat melibatkan semua pihak terutamanya Kerajaan Negeri dari segi faktor kewangan dan kelengkapan fasaliti hospital terbabit dari semasa ke semasa..
"Hospital pengajar ini bukan sahaja pertama di Sabah tetapi di seluruh Kepulauan Borneo, dan hari ini saya umumkan secara prinsip hospital ini sebagai hospital pintar. Kita akan menjadikan hospital pengajar pintar ini sebagai projek ikonik yang tidak hanya menguntungkan pelajar tetapi juga rakyat Sabah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap bersempena pelancaran projek hospital pengajar UMS di Kompleks Dewan Kuliah Pusat Kedua UMS, di sini, hari ini. Hadir sama adalah Ketua Menteri Sabah; Tan Sri Musa Aman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Menteri Komunikasi dan Multimedia; Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yan Kain Ching dan Naib Canselor UMS Datuk Dr. D Kamarudin D. Mudin.

NAMA : ATTIQQAH BINTI AMID
NO MATRIK : BA15110062

SAMBUTAN HARI SASTERAWAN NEGARA DI UMS
Kota Kinabalu, 15 March 2018 - Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan (FKSW) telah mengadakan program sambutan hari sasterawan negara yang ke-11. Sambutan tersebut diadakan bertujuan untuk menghargai jasa-jasa sasterawan serta memperkenalkan persatuan NUMERA. Program tersebut diadakan berketepatan di Studio Ahmad Nisfu blok seni Universiti Malaysia Sabah (UMS). Seramai 5 orang dari Persatuan NUMERA Malaysia hadir untuk melengkapi majlis dan 1 orang wakil dari DBP turut serta.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan (FKSW) oleh Profesor Dr. Ismail Ibrahim. Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah atau nama penanya KEMALA merangkap presiden Persatuan Sasterawan NUMERA Malaysia memberi ucapan.
Ketika program berlangsung setiap ahli-ahli persatuan turut membuat persembahan puisi. Ahli persatuan seperti Umar Uzair mendeklamasikan puisi Cenderawasih alunan lagu, Pak Cik Amir juga membaca puisi KAMALA selama 40 minit, Shirley turun membuat kelainan dalam membaca puisi Bahasa Bertamsilkan Dosa.

Menurut KEMALA, beliau ingin mengangkat kesusasteraan secara konsisten dan menduniakan Bahasa Melayu. Selain itu, beliau juga turut memperkenalkan persatuan tersebut kepada para pelajar tahun 2 dan 3 major penulisan Seni Kreatif malah kepada orang luar.

           Kenali Tamparuli, Sabah
Tamparuli merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Tuaran, Sabah. Majoriti penduduk disitu adalah suku kaum Dusun. Berdasarkan sejarah, pekan kecil Tamparuli dipercayai telah wujud sejak lebih 200 tahun sebelum ianya dibeli nama Tamparuli. Sebelum itu  pekan Tamparuli dikenali dengan nama “Bontoi” oleh orang-orang tua dahulu. Perkataan “Bontoi” bermaksud jambatan yang sebenarnya merujuk kepada sebuah perkampungan kecil yang bernama Kampung Bontoi. Daripada sebuah perkampungan kecil, Tamparuli kemudian berkembang menjadi sebuah pekan. Seterusnya perubahan turut berlaku apabila peniaga luar terutama orang-orang Cina mendirikan kedai runcit di situ sekitar tahun 1930.
        Difahamkan nama Tamparuli ini diperoleh melalui banyak versi cerita. Tamparuli berasal dari perkataan 'Tampat Luri' yang juga bermaksud 'Tempat Lori' kerana pekan ini pernah menjadi tempat persinggahan sementara utama bagi lori-lori penghantar barang sebelum meneruskan perjalanan. lama-kelamaan sebutan tersebut berubah menjadi Tamparuli yang digunakan oleh masyarakat sekarang. Selain itu, ada juga sumber yang mengatakan Tamparuli mendapat nama daripada ayat “ditampar oleh air” yang berasal daripada perkataan atau percakapan orang Brunei. Pada zaman dahulu dipercayai pedagang-pedang Brunei yang datang ke Tamparuli sering mengalami masalah untuk naik ke hulu sungai kerana arus air yang terlalu deras. Disebabkan itu, ayat “ditampar oleh air” telah disingkatkan menjadi Tamparuli.
            Pasti ramai yang mendengar lagu popular berjudul “Jambatan Tamparuli” yang dinyanyikan oleh penyanyi Sabah pada tahun 80an. Malah lagu tersebut juga masih lagi popular dan pernah dinyanyikan oleh Marsha Milan semasa beliau menyertai Akademi Fantasia. Jambatan Tamparuli memang cukup terkenal serta telah diabadikan sebagai mercu tanda kepada pekan Tamparuli. Pembinaan Jambatan Tamparuli pertama dikatakan telah dimulakan oleh orang Cina. Binaan asal Jambatan tersebut adalah daripada kayu dan tali yang dibina dalam keadaan tergantung merentasi Sungai Tamparuli. Namun, jambatan lama telah musnah sekitar tahun 1930 kerana dilanda banjir besar. Selepas kejadian banjir tersebut, sebatang jambatan baru dibuat pada tempat yang sama.

         Menurut mitos di kalangan penduduk setempat, kononnya suatu ketika dahulu terdapat seorang perempuan yang cantik dan pandai menyanyi telah diculik dan dimasukkan ke dalam sebuah tempayan atau lebih dikenali sebagai “tajau” oleh masyarakat tempatan. Tajau tersebut telah diletakkan di tiang pertama Jambatan Tamparuli agar binaan jambatan Tamparuli kukuh. Mitos ini dikukuhkan lagi apabila jambatan ini tidak pernah runtuh walaupun ribut taufan melanda daerah ini. Malah ia semakin indah dan masih tegak berdiri walaupun usianya sudah mencecah puluhan tahun. Sebenarnya cerita tentang asal usul Jambatan ini mempunyai pelbagai versi, namun versi ini adalah yang paling banyak didengari. Walau bagaimanapun, jambatan Tamparuli ini semakin popular dan menjadi sebuah tempat tarikan kepada pelancong asing.


Lawatan Sambil Belajar di Papar
Pada 6 sehingga 8 April 2018, pelajar major penulisan tahun akhir Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan lawatan sambil belajar di Kampung Laut Papar, Sabah. Seramai 50 orang pelajar dan seorang pensyarah iaitu Puan Hijijah Lamiri yang juga merupakan ketua program Seni Kreatif mengikuti lawatan ini
Tujuan utama ke Papar adalah untuk melawat kampung di Papar sambil mengeratkan hubungan dengan penduduk kampung disitu selama tiga hari. Kesemua pelajar bertolak dari Sekolah Pengajian Seni Universiti Malaysia Sabah (UMS) selepas solat jumaat dengan menaiki bas dan sampai di Papar pada pukul 3.45 petang.
          Para pelajar juga melakukan pelbagai aktiviti seperti berkhemah, aktiviti riadah serta kerohanian di Kampung Laut Papar.         Lawatan sambil belajar tiga hari tersebut telah diguna sebaik mungkin oleh para pelajar dengan melakukan aktiviti yang berguna.
Pada hari terakhir sebelum bersurai, program ini juga dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Arsyad Hj Awang Kahar selaku Pemimpin Pembangunan Kemajuan Masyarakat N22 Pantai Manis Papar. Menurut beliau, beliau sangat senang menerima kedatangan pelajar universiti supaya dapat meneroka kehidupan kampung dan beramah mesra dengan para penduduk. Beliau juga mengharapkan agar pelajar universiti lebih kerap melawat ke Papar malah dapat memberi pengalaman yang baik bagi para pelajar.