BERITA
NAMA : MIZA AFIFAH BINTI ABD MANAF
NO MATRIK : BA15110282
Program Kolej Kediaman Sri Angkasa
25 Februari 2018
BENGKEL SENI SUARA
MEMBAKAR SEMANGAT
Exco kebudayaan dan
kesenian JAKMAS KKSA julung kalinya mengadakan program bengkel seni suara untuk
mengasah bakat dalam pertandingan menyanyi, malah menjadikan diri setiap
pelajar seorang yang berdedikasi.
Ahmad Rafiandie Bin Awang @ Awang Ahmad Artis
Budaya B19 berkata ‘untuk menjadi seorang artis perkara utama perlu ada dalam
diri adalah keberanian dan persediaan dari segi mental dan fizikal’.
Katanya lagi penyanyi yang berbakat bukan
sahaja pada vokal namun kepercayaan pada diri yang mendorong seseorang itu
berusaha keras untuk terus berjaya.
Bengkel ini bertempat di bilik seminar L, Kolej
Kediaman Sri Angkasa Universiti Malaysia Sabah. Seramai 50 orang peserta
menyertai bengkel ini dan dirasmikan oleh pengetua kolej kediaman Encik Wijaya
Kamal Bin Ramlan.
Bengkel tersebut berlangsung dari jam 8:00 pagi
sehingga 6:00 petang. Sarapan, makan tengah hari dan minum petang turut
disediakan oleh pihak penganjur.
Perisian bengkel tersebut peserta di ajar
teknik ‘height not, low not, key, penghayatan, tempo dan penguasaan pentas.
Setiap pelajar diberi peluang melontarkan vokal dan menari secara perseorangan.
Hubungi Miza
Afifah, Pelajar Universiti Malaysia Sabah
Telefon 195224604
Siaran Akhbar Ceramah Tadbir Urus Baik
16 April 2018
TADBIR-URUS BAIK PENDUDUK SETINGGAN MENDAPAT RUMAH
Menteri kerajaan tempatan dan perumahan Sabah Datuk Seri Panglima
Haji Hajiji Haji Noor berkata, tadbir urus merangkumi aspek-aspek seperti
tatacara ketua Eksekutif/Ketua Jabatan dan para pegawai di semua peringkat
pengurusan melaksanakan tanggungjawab secara telus dan berhemah dari segi
pengambilan dan penyampaian hasil struktur termasuk budaya kerja, dasar,
strategi serta tatacara mereka berurusan dengan pelbagai pihak yang
berkepentingan dan proses di mana agensi awam diurus/diarah, dikawal dan
dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan objektif telah dipersetujui.
“Kata beliau sebanyak 1000 unit rumah program PPR akan disewakan
kepada golongan sasaran iaitu golongan berpendapatan rendah dan setinggan”.
Beliau juga berkata bahawa pihak berkuasa sedaya upaya untuk
mengurangkan masalah setinggan di negeri Sabah dengan pelbagai usaha yang telah
dilakukan.
Namun setiap tahun setinggan sentiasa tumbuh ‘bagaikan cendawan
yang tumbuh selepas hujan’ di mana-mana tempat sahaja kerana populasi manusia
semakin meningkat setiap tahun.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Siri Kuliah No.4
‘Pihak Berkuasa Tempatan: Tadbir Urus Baik’ anjuran Majlis Profesor Negara
Chapter Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Dewan Resital, pada Isnin.
Hadir sama ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan
Perumahan Sabah, Datuk Ginun Yangus: Dekan Fakulti Kemanusiaan, Seni dan
Warisan, UMS, Profesor Dr. Ismail Ibrahim dan Pengerusi Majls Profesor Negara,
UMS, Profesor Datuk Mohd. Hamdan Adnan.
Hubungi Miza
Afifah, Pelajar Universiti Malaysia Sabah
Telefon 195224604
25 April 2018
TANZER PRODUCTION MEMPERSEMBAHKAN
KONTRA EDISI 5
Universiti Malaysia Sabah –
Seramai enam belas (16) orang koreografer tahun tiga (3) major tari dari
Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan (FKSW) mempersembahkan tarian mereka pada
malam itu. Tanzer Production ada kelainannya dalam seni persembahan mengikut
kisah hidup mereka.
Antara koreografer yang menarik
perhatian pada persembahan itu adalah DREAM OFF. Koreografer ke 8 Nurainiza
Umira membawakan persembahan gabungan antara tentera dan seni tarian.
“Tarian tersebut
menceritakan kisah hidupnya yang terpaksa memilih antara pelajaran ataupun
minatnya terhadap pasukan tentera. Akhirnya dia terpaksa akur untuk memberikan
komitmen yang lebih kepada pelajarannya dalam tarian kerana itu yang akan
membawanya ke arah kejayaan” sedikit sinopsis yang dibacakan oleh pengacara
majlis.
Menurut dekan FKSW, Prof Ismail
Ibrahim dalam ucapan beliau “Kontra lima membawa bermaksud gabungan antara
tarian kontemporari dan tradisi Melayu yang sangat menarik dipersembahkan.”
Persembahan ini berlangsung
selama tiga hari dari bertarikh 25 sehingga 27 April. Pada tanggal 27 pelbagai tarian tradisional Melayu
semenanjung dipersembahkan terutamanya tarian Bharata Natyam, tarian
tradisional dari Kedah, Melaka, Pahang.
Turut hadir bersama pada malam
26, Timbalan dekan Dr. Puad Debit ketua program Miss Hajijah Lamiri, serta lima
(5) orang penilai dari dalam dan luar
UMS, antaranya En. Sharifudin Zainal, En. Jutien Cristyanto, En. Wan Mohd
Nazil, En Syamsul bin Ismail, dan Miss David.
NO MATRIK : BA15110524
TEATER MAMBO HORSE BERJAYA PANCING
EMOSI PENONTON
Khamis, 22 Mac 2018 –
Pementasan teater Mambo Horse sekali lagi berjaya menarik ramai penonton untuk
hadir menonton dan menggegarkan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian (JKKN) negeri
Sabah. Mambo Horse merupakan karya dari Roslee Mansor dan diadaptasi oleh Encik
Sharifuddin Zainal atau lebih dikenali sebagai Encik Shah, pensyarah Seni
Kreatif merangkap pengarah teater itu. Encik Shah yang terkenal dalam bidang
lakonan dan pengurusan teater telah mementaskan Mambo Horse dengan membawa
beberapa pendekatan yang mampu memberi kelainan kepada penonton.
Teater ini telah
berlangsung selama satu jam setengah bermula kira kira jam 8 malam. Teater ini
telah membawa beberapa pelakon dari pelajar pascasiswazah dan pelajar Seni
Kreatif sendiri bagi mencuba bakat dan pengalaman baru dalam proses menimba
ilmu kesenian ini. Sedikit sinopsis tMambo Horse ini ialah teater ini berunsurkan
eksperimental dan menyingkap pengalaman pahit seorang pelacur yang teraniaya
dan mengangkat martabat feminisme. Pementasan berlangsung dengan penuh
keunikan, terutama dari segi pencahayaannya yang memainkan peranan penting
dalam menghuraikan babak cerita.
Penonton yang
hadir pada malam itu berjaya memenuhi ruangan kerusi yang disediakan. Hal ini
kerana terdapat juga ahli keluarga pelakon atau pihak yang terlibat datang
menyokong dan menonton pementasan tersebut. Mambo Horse yang sarat dengan mesej
pengajaran terutamanya dari segi isu
kekeluargaan, feminisme, kejiranan, dan
semangat setia kawan serta kekasih dan sebagainya.
Hal ini dilihat
kerana Mambo Horse sebelum ini telah berjaya memenangi beberapa anugerah yang
dipertandingkan seperti pelakon terbaik, pengarahan terbaik, dan sinografi
terbaik. Hal ini sekaligus dilihat mampu memberi impak yang positif kepada
pelajar dan nama baik UMS kerana mampu melahirkan bakat yang berkualiti dari
anak muda sekarang.
KUNJUNGAN SASTERAWAN NEGARA KE BLOK
SENI, FKSW, UMS.
Khamis, 15 Mac 2018 –
beberapa tokoh sasterawan negara telah hadir dalam satu program yang mengangkat
kesusasteraan Melayu ke arah yang lebih tinggi lagi. Program itu yang diacarakan
oleh salah seorang pensyarah Seni Kreatif, Encik Sharip Zainal telah memberi
beberapa elemen lucu dan serius memandangkan beliau begitu popular dalam bidang
pengacara majlis. Program tersebut bertujuan untuk menyambut sasterawan negara
kita yang ke 11, iaitu Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah telah dirasmikan oleh
dekan fakulti iaitu Professor Ismail Ibrahim.
Datuk Dr Ahmad
Kamal Abdullah atau lebih dikenali sebagai Kamala juga merangkap presiden
Persatuan Sasterawan Malaysia sebenarnya bertujuan untuk mengangkat martabat
kesusateraan Melayu ke tahap yang lebih tinggi lagi. Hal ini mampu memberi
sikap yang lebih konsisten lagi kepada setiap masyarakat dalam menduniakan
Bahasa Melayu.
Program tersebut
dihadiri beberapa lagi orang ternama dibawah naungan dunia kesusasteraan seperti
ahli Nusantara Melayu Raya atau lebih dikenali sebagai NUMERA itu sendiri iaitu
Umar Uzair, Shirley Idris, Dato Dr. Nashuha Jamidin dan salah seorang daripada
wakil DBP bahagian Kota Kinabalu.
Pengisian dalam program tersebut dipenuhi oleh ucapan tokoh
yang disambut, Kamala dalam memperkenalkan apa itu persatuan NUMERA dan dihiasi
dengan bacaan puisi oleh Umar Uzair. Beliau mendeklamasikan puisi yang bertajuk
Cenderawasih dan mendapat sambutan ramai kerana gaya penyampaian puisi tersebut
dianggap unik dan didendangkan dalam bentuk lagu. Shirley Idris juga tidak
ketinggalan dalam membentangkan puisinya yang bertajuk Bahasa Bertamsilkan
Dosa.
Manakala
beberapa orang pelajar tahun dua dan tiga di blok Seni dibawah major penulisan
program Seni Kreatif itu sendiri juga menyampaikan puisi ciptaan masing-masing
dan hal ini mampu memberi perkongsian ilmu yang berguna pada mereka yang
terlibat. Percambahan ilmu serta idea yang baru dan bernas dapat digunapakai
oleh pelajar dalam melatih tubi diri mereka menghasilkan karya puisi dan
sastera ke arah yang lebih baik dan berkualiti.
MAHAKARYA 2018 MERIAH
Isnin, 23 April 2018 –
Mahakarya 2018 sekali lagi membuka tirainya menandakan bermulanya proses
penilaian projek akhir bagi pelajar tahun akhir Seni Kreatitf (HA11). Majlis
itu yang bermula pada kira-kira jam 9.30 pagi telah dirasmikan oleh Dekan
Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW). Pada permulaan majlis, telah
didendangkan lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan lagu UMS. Seterusnya, tarian
sambut tamu telah ditarikan oleh pelajar tahun akhir Seni Kreatif major tari.
Majlis terus berlangsung dengan ucapan dari ketua pengarah
Mahakarya, iaitu Saudara Mohd Nazri bin Jamiri yang merupakan pelajar tahun
akhir, major penulisan. Selesai sahaja ucapan tersebut, ucapan perasmian dari
Dekan FKSW juga berjalan lancar diiringi oleh protokol yang juga merupakan
beberapa orang perempuan dari pelajar major penulisan. Mahakarya 2018
dimeriahkan lagi dengan bacaan puisi dari pelajar penulisan, iaitu saudara
Sabir Syarifuddin dan saudari Siti Nor Hazatulazwah.
Mahakarya pada pagi itu telah berjalan sekitar hampir dua
jam dimana ianya telah dihiasi beberapa slot seperti persembahan spontan dari
tiga produksi pelajar teater yang mewakili 11 produksi untuk bertanding pada
hari Festival Teater Malaysia di Dewan Resital, UMS. Aksi spontan tersebut juga
merupakan promosi kepada teater yang bakal bertanding dalam proses pembelian
tiket masuk ke dalam dewan.
Terdapat juga tayangan montaj yang telah
disediakan hasil gabungan pelajar major Tari, Penulisan, dan Teater selama tiga
tahun bertapak dan menimba ilmu di UMS. Selesai tayangan, terdapat satu tarian
penutup oleh pelajar major tari tahun tiga yang mengiringi lagu ‘Jai Ho’. Hal
ini memberikan lebih kemeriahan pada majlis tersebut. Sesi bergambar turut
diadakan sebagai tanda kenang-kenangan memandangkan pelajar tahun akhir yang
terlibat akan melangkah keluar universiti tidak lama lagi.
NAMA : NOR ALWANI BINTI MOHAMAD BORHAM
NO MATRIK : BA15110396
KELEBIHAN
POLITIK DI KALANGAN MAHASISWA
Kota Kinabalu, Sabah. Di era kemodenan
ini, politik di kalangan mahasiswa semakin hari semakin mendatangkan kesan yang
positif di kalangan mahasiswa. Kebanyakan mahasiswa di universiti ipta dan ipts
memperjuangkan hak mereka sebagai pelajar melalui demokratik dan media sosial. Bantahan
demi bantahan dilakukan untuk memperjuangkan hak mahasiswa sehingga menimbulkan
isu yang berbangkit kekotoran.
Dengan politik, mahasiswa
akan mengetahui hak mereka di universiti seperti isu wifi. Wifi merupakan
penggunaan asas di setiap ipta dan ipts walaupun ramai pihak mengatakan wifi
tidak termasuk dalam pembayaran yuran universiti. Pihak unversiti wajib
menyediakan wifi sebagai kemudahan asas untuk pembelajaran mahasiswa. Dengan ini,
univerisiti juga akan tergolong sebagai infrastruktur yang baik dalam kalangan
ipta dan ipts lain.
Selain itu, melalui
politik, mahasiswa juga akan berani bersuara dan memberikan pendapat tentang
kemudahan-kemudahan awam seperti pengerakan bas dalam universiti. Hal ini
kerana, pihak unversiti juga harus mendengar suara mahasiswa untuk menambaikan
kemudahan bas mereka. Pihak universiti wajib menyediakan bas yang cukup dan
setimpal dengan jumlah mahasiswa di universiti. Bukan hanya menyediakan
kemudahan sambil lewa dan mementingkan diri sendiri.
Kelebihan politik di
kalangan mahasiswa akan dapat memperjuangkan hak mereka sendiri seperti
bersuara dalam kekurangan kemudahan asas seperti wifi dan bas. Tambahan pula,
perkara ini juga akan memberi nama baik unversiti setanding dengan universiti
yang hebat di luar sana.
KURSUS ETIKA DAN PROTOKOL
ISNIN, 27 MAC -
Exco Perhubungan Korporat Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) Kolej
Kediaman E, Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya menganjurkan Kursus Etika
dan Protokol di Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2 baru-baru ini.
Menurut Pengarah
Program, Siti Irra Shahirah Mohd Yasin, kursus sehari itu bertujuan memperkasa
kesedaran etika dan protokol yang merupakan salah satu kemahiran insaniah yang
penting untuk dikuasai para mahasiswa.
“Ia bagi memberi
pendedahan dan mengajar siswa-siswi agar mengetahui dengan lebih jelas sekali
gus mematuhi etika dan protokol sesuatu majlis dan memudahkan mereka dalam
menganjurkan sebarang program,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau,
kursus itu telah diisi dengan slot ceramah penyediaan minit mesyuarat,
penulisan berita, slot penyediaan ‘banner’, ‘bunting’ dan poster serta slot
ceramah penulisan surat rasmi dan pengurusan majlis.
Siti Irra
berkata, setiap slot disampaikan penceramah jemputan yang dibarisi Pegawai
Psikologi Bahagian Sumber Manusia, Carrie Grace Jaymess; Ketua Sektor
Komunikasi Strategik Bahagian Perhubungan Korporat (BPK); Che Hasruddin Che
Hasan, Pereka Kanan BPK; Azmawati Amarasikin serta Kurator BPK, Mohd Hilmey
Saili.
Kursus itu
disertai 75 peserta daripada ahli-ahli JAKMAS, Majlis Ketua-Ketua Sekretariat
(MKKS), Majlis Ketua-ketua Blok (MKKB),
Majlis Ketua-ketua Kelab (MKKK) dan pelajar Kolej Kediaman E.
HOSPITAL DAN MASA DEPAN UMS
KOTA KINABALU:
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan pelancaran
projek pembangunan sebuah hospital pengajar Universiti Malaysia Sabah (UMS)
dengan kos berjumlah RM652 juta yang dijangkakan siap pada tahun 2021. Berkeluasan
110,853 kaki meter persegi, hospital pengajar berkenaan boleh memuatkan 400
katil pesakit dan antara perkhidmatan bakal disediakan adalah pusat pembelajaran
perubatan dan trauma 24 jam, perkhidmatan pemeriksaan pelajar perubatan
perubatan dan jururawat selain dilengkapi rawatan ortodontik.
Najib berkata,
kerajaan secara prinsipnya turut bersetuju menjadikan hospital pengajar
tersebut sebagai hospital pintar dalam usaha meningkatkan lagi kualiti
pendidikan perubatan serta perkhidmatan kesihatan di negeri ini.
Jelasnya, ia
akan dilakukan secara berperingkat melibatkan semua pihak terutamanya Kerajaan
Negeri dari segi faktor kewangan dan kelengkapan fasaliti hospital terbabit
dari semasa ke semasa..
"Hospital
pengajar ini bukan sahaja pertama di Sabah tetapi di seluruh Kepulauan Borneo,
dan hari ini saya umumkan secara prinsip hospital ini sebagai hospital pintar. Kita akan
menjadikan hospital pengajar pintar ini sebagai projek ikonik yang tidak hanya
menguntungkan pelajar tetapi juga rakyat Sabah," katanya.
Beliau berkata
demikian ketika berucap bersempena pelancaran projek hospital pengajar UMS di
Kompleks Dewan Kuliah Pusat Kedua UMS, di sini, hari ini. Hadir sama
adalah Ketua Menteri Sabah; Tan Sri Musa Aman, Menteri di Jabatan Perdana
Menteri; Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Menteri Komunikasi dan Multimedia;
Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yan
Kain Ching dan Naib Canselor UMS Datuk Dr. D Kamarudin D. Mudin.
NO MATRIK : BA15110062
SAMBUTAN HARI SASTERAWAN NEGARA DI UMS
Kota Kinabalu, 15 March 2018 - Fakulti
Kemanusiaan Seni dan Warisan (FKSW) telah mengadakan program sambutan hari
sasterawan negara yang ke-11. Sambutan tersebut diadakan bertujuan untuk
menghargai jasa-jasa sasterawan serta memperkenalkan persatuan NUMERA. Program
tersebut diadakan berketepatan di Studio Ahmad Nisfu blok seni Universiti
Malaysia Sabah (UMS). Seramai 5 orang dari Persatuan NUMERA Malaysia hadir
untuk melengkapi majlis dan 1 orang wakil dari DBP turut serta.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh
Dekan Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan (FKSW) oleh Profesor Dr. Ismail
Ibrahim. Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah atau nama penanya KEMALA merangkap
presiden Persatuan Sasterawan NUMERA Malaysia memberi ucapan.
Ketika program berlangsung setiap
ahli-ahli persatuan turut membuat persembahan puisi. Ahli persatuan seperti Umar
Uzair mendeklamasikan puisi Cenderawasih alunan lagu, Pak Cik Amir juga membaca
puisi KAMALA selama 40 minit, Shirley turun membuat kelainan dalam membaca
puisi Bahasa Bertamsilkan Dosa.
Menurut KEMALA, beliau ingin mengangkat
kesusasteraan secara konsisten dan menduniakan Bahasa Melayu. Selain itu,
beliau juga turut memperkenalkan persatuan tersebut kepada para pelajar tahun 2
dan 3 major penulisan Seni Kreatif malah kepada orang luar.
Kenali Tamparuli, Sabah
Tamparuli
merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Tuaran, Sabah. Majoriti
penduduk disitu adalah suku kaum Dusun. Berdasarkan sejarah, pekan kecil
Tamparuli dipercayai telah wujud sejak lebih 200 tahun sebelum ianya dibeli
nama Tamparuli. Sebelum itu pekan
Tamparuli dikenali dengan nama “Bontoi” oleh orang-orang tua dahulu. Perkataan
“Bontoi” bermaksud jambatan yang sebenarnya merujuk kepada sebuah perkampungan
kecil yang bernama Kampung Bontoi. Daripada sebuah perkampungan kecil,
Tamparuli kemudian berkembang menjadi sebuah pekan. Seterusnya perubahan turut
berlaku apabila peniaga luar terutama orang-orang Cina mendirikan kedai runcit
di situ sekitar tahun 1930.
Difahamkan nama Tamparuli
ini diperoleh melalui banyak versi cerita. Tamparuli berasal dari perkataan
'Tampat Luri' yang juga bermaksud 'Tempat Lori' kerana pekan ini pernah menjadi
tempat persinggahan sementara utama bagi lori-lori penghantar barang sebelum
meneruskan perjalanan. lama-kelamaan sebutan tersebut berubah menjadi Tamparuli
yang digunakan oleh masyarakat sekarang. Selain itu, ada juga sumber yang
mengatakan Tamparuli mendapat nama daripada ayat “ditampar oleh air” yang
berasal daripada perkataan atau percakapan orang Brunei. Pada zaman dahulu dipercayai
pedagang-pedang Brunei yang datang ke Tamparuli sering mengalami masalah untuk
naik ke hulu sungai kerana arus air yang terlalu deras. Disebabkan itu, ayat
“ditampar oleh air” telah disingkatkan menjadi Tamparuli.
Pasti ramai yang mendengar lagu popular
berjudul “Jambatan Tamparuli” yang dinyanyikan oleh penyanyi Sabah pada tahun
80an. Malah lagu tersebut juga masih lagi popular dan pernah dinyanyikan oleh
Marsha Milan semasa beliau menyertai Akademi Fantasia. Jambatan Tamparuli
memang cukup terkenal serta telah diabadikan sebagai mercu tanda kepada pekan
Tamparuli. Pembinaan Jambatan Tamparuli pertama dikatakan telah dimulakan oleh
orang Cina. Binaan asal Jambatan tersebut adalah daripada kayu dan tali yang
dibina dalam keadaan tergantung merentasi Sungai Tamparuli. Namun, jambatan
lama telah musnah sekitar tahun 1930 kerana dilanda banjir besar. Selepas
kejadian banjir tersebut, sebatang jambatan baru dibuat pada tempat yang sama.
Menurut mitos di kalangan
penduduk setempat, kononnya suatu ketika dahulu terdapat seorang perempuan yang
cantik dan pandai menyanyi telah diculik dan dimasukkan ke dalam sebuah
tempayan atau lebih dikenali sebagai “tajau” oleh masyarakat tempatan. Tajau
tersebut telah diletakkan di tiang pertama Jambatan Tamparuli agar binaan
jambatan Tamparuli kukuh. Mitos ini dikukuhkan lagi apabila jambatan ini tidak
pernah runtuh walaupun ribut taufan melanda daerah ini. Malah ia semakin indah
dan masih tegak berdiri walaupun usianya sudah mencecah puluhan tahun.
Sebenarnya cerita tentang asal usul Jambatan ini mempunyai pelbagai versi,
namun versi ini adalah yang paling banyak didengari. Walau bagaimanapun,
jambatan Tamparuli ini semakin popular dan menjadi sebuah tempat tarikan kepada
pelancong asing.
Lawatan
Sambil Belajar di Papar
Pada 6 sehingga 8 April
2018, pelajar major penulisan tahun akhir Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah
mengadakan lawatan sambil belajar di Kampung Laut Papar, Sabah. Seramai 50
orang pelajar dan seorang pensyarah iaitu Puan Hijijah Lamiri yang juga
merupakan ketua program Seni Kreatif mengikuti lawatan ini
Tujuan utama ke
Papar adalah untuk melawat kampung di Papar sambil mengeratkan hubungan dengan
penduduk kampung disitu selama tiga hari. Kesemua pelajar bertolak dari Sekolah
Pengajian Seni Universiti Malaysia Sabah (UMS) selepas solat jumaat dengan
menaiki bas dan sampai di Papar pada pukul 3.45 petang.
Para pelajar juga melakukan pelbagai aktiviti seperti
berkhemah, aktiviti riadah serta kerohanian di Kampung Laut Papar. Lawatan sambil belajar tiga hari
tersebut telah diguna sebaik mungkin oleh para pelajar dengan melakukan
aktiviti yang berguna.
Pada hari
terakhir sebelum bersurai, program ini juga dirasmikan oleh Yang Berbahagia
Tuan Haji Arsyad Hj Awang Kahar selaku Pemimpin Pembangunan Kemajuan Masyarakat
N22 Pantai Manis Papar. Menurut beliau, beliau sangat senang menerima
kedatangan pelajar universiti supaya dapat meneroka kehidupan kampung dan
beramah mesra dengan para penduduk. Beliau juga mengharapkan agar pelajar universiti lebih kerap melawat ke Papar malah dapat memberi pengalaman yang
baik bagi para pelajar.
No comments:
Post a Comment