ANALISIS FILEM & POSTER SERAM MUNAFIK BENTUK STRUKTURAL
Miza Afifah Ab Manaf (Ba15110282)
Nurul Aisyahtul Insyirah Binti Hassan (Ba15110524)
Nor Alwani Binti Mohamad Borham (Ba15110396)
Attiqqah Binti Amid (Ba15110062)
Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah
1.0 PENGENALAN
Filem adalah satu media yang sangat terkenal di kebanyakan negara.
Filem diertikan sebagai sebuah imej yang terhasil dalam bentuk visual bergerak
mengandungi unsur penceritaan yang ditulis, diolah dalam bentuk dialog, visual
dan bunyi, kemudiannya dirakam menggunakan kamera dan dipaparkan di televisyen,
panggung wayang dan sebagainya[1].
Industri filem Melayu mula berkembang pada tahun 1960-an sehingga
sekarang pelbagai kaedah diguna pakai untuk menghasilkan kelainan dalam visual
setiap cerita. Filem Munafik merupakan filem seram ghairah Malaysia 2016 yang
diarahkan oleh Syamsul Yusof. Melalui analisis ini pengkaji meneliti teori
struktural dari segi tema dan persoalan, watak dan perwatakan, latar dan laras
bahasa yang digunakan dalam filem Munafik ini. Manakala kajian poster pengkaji
meneliti watak dominan, props, simbol, latar belakang poster, dan font.
Poster ialah suatu bentuk rekaan grafik yang melibatkan tipografi,
ilustrasi, warna dan reka letak yang digubah untuk menyampaikan maklumat secara
mudah. Poster merupakan satu elemen untuk promosikan filem. Kebiasaannya, reka
bentuk poster bersifat 2D meliputi bahan yang dilukis, dicat, ditulis atau
dicetak. Format halaman yang berasingan digunakan untuk mempamerkan maklumat,
data, jadual atau tawaran dan juga mempromosikan kepada masyarakat tentang
sebab, tempat, produk, syarikat, penyelenggaraan dan organisasi yang hendak
disebarkan kepada umum. Kebanyakan poster filem digantungkan di tempat-tempat
awam supaya senang dilihat walaupun dari jarak jauh. Poster sangat penting
untuk mengingat dan bersifat keterbacaan masyarakat di sesuatu tempat seperti
pada billboard, papan tanda dan lain-lain visual. Poster yang dianggap berjaya
adalah poster yang dapat menyampaikan mesej dengan jelas kepada masyarakat.
Ilustrasi poster filem yang membezakan filem itu berunsur seram
atau komedi. Watak utama secara dominan mencerminkan keperibadian filem
tersebut. Font yang menarik serta jelas untuk dibaca juga penting memudahkan
penonton mengetahui jenis filem tersebut. Setiap cerita dalam filem mempunyai
struktural untuk memudahkan penonton memahami penyampaiannya, selain daripada
adegan dan aksi-aksi yang menarik.
3.0 SINOPSIS
Adam dikenali sebagai seorang ustaz yang dikurniakan kelebihan
kerana setiap pesakit yang mengalami gangguan berjaya diubatinya mengikut cara
perubatan Islam. Sikapnya yang merendah diri dengan kelebihan yang ada pada
dirinya itu amat disenangi oleh penduduk kampung di kawasan rumahnya.
Kebahagiaan Adam bersama keluarganya tidak dapat bertahan lama apabila dia,
isteri, dan anaknya terlibat dalam kemalangan jalan raya yang ngeri. Isterinya
Zulaikha, telah meninggal dunia di tempat kejadian, menyebabkan seluruh
perasaan dan rasanya mematahkan semangat untuk meneruskan tanggungjawab sebagai
pengamal perubatan Islam. Adam seolah-olah tidak dapat menerima ketentuan dari
Tuhan, keimanannya mula rapuh, tergugat, tidak sekuat dahulu. Adam mula murung,
mengasingkan diri dari jemaah masjid dan lebih senang beribadat di rumah
ditemani anaknya Amir.
Maria salah seorang penduduk di kampung itu. Maria mengalami
gangguan jin yang teruk hingga ke tahap mental kronik depresi (tekanan perasaan
yang serius). Kemewahan keluarganya tidak memberi makna apabila gangguan yang
dialaminya semakin menggila kerana Maria hanya bergantung pada ubat penenang.
Ayahnya telantar sakit di hospital dan dijaga oleh Zati ibu tirinya. Zati
meminta pertolongan orang kampung untuk memujuk Adam supaya mengubati Maria.
Selepas kejadian Maria dirasuk teruk, rumah mereka semakin banyak gangguan.
Adam semakin
tertekan dengan sikap anaknya yang turut merindui arwah ibunya ingin, sehingga
Adam bermimpi membawa mayat Zulaikha kepada anaknya untuk tunjukkan kebenaran
bahawa ibunya sudah meninggal dunia dan akhirnya Adam terjaga dan berasa lega
hanya mimpi. Adam terpaksa akur untuk mengubati Maria setelah dipujuk
bersungguh-sungguh oleh Imam kampungnya. Bapa Adam, Rahim secara tiba-tiba
datang melawat Adam dan cucunya. Adam mencurigai gelagat Rahim yang berada di
rumah. Saat pertama kali Adam bertemu Maria, misteri sebenar bermula dan
persoalan demi persoalan timbul. Sedikit demi sedikit misteri itu terjawab
dengan pelbagai kejadian aneh yang mengganggu hidup Adam. Imam Ali meninggal
dunia akibat kemalangan yang berlaku disebabkan gangguan syaitan yang sama
dengan Maria dan Adam.
Apabila tiba di rumah Fazli sudah berada di
hadapan rumah Adam. Fazli menasihati Adam supaya jangan menjadi ustaz jika
berkelakuan pelik, kerana ia boleh mendatangkan munafik dan jauhkan diri
daripada Maria. Rahim menasihati anaknya supaya dibawa untuk berjumpa dengan
Ustaz Shah tetapi Adam tidak izinkan. Pada malam itu, Adam mendapat panggilan
daripada Zati menyatakan bahawa bapa Maria sudah dijumpai.
Sesampainya dia di
rumah, Adam berjumpa dengan Maria dan Zati. Ketika Adam masuk ke rumah Pak
Osman, Adam terjumpa songkoknya dan secara tiba-tiba keadaan menjadi aneh
apabila ternampak batu nisan di atas katil bukan Pak Osman. Kemudian Adam
mendapat panggilan daripada Zati bahawa dirinya dalam perjalanan ke hospital
untuk berjumpa Maria. Adam menjadi gelisah. Di hospital Maria terjaga dari
tidur dan merayau dalam bangunan hospital. Secara tiba-tiba Maria ternampak
makhluk halus, Maria berlari cuba menyelamatkan dirinya masuk ke bilik mayat.
Di bilik mayat itu Maria diculik. Adam sampai di hospital dan berjumpa dengan
Zati memberitahu tentang kotak kecil itu di dalamnya ada dua tangkal manusia.
Adam terlalu marah Zati dan menyuruhnya menjauhkan diri daripada syirik. Maria
menelefon Adam memberitahu dia di Banglo lama dan dia ingin memberitahu rahsia
Maria.
Sesampai Adam di
banglo lama dan menjejaki Maria, secara tiba-tiba Adam ternampak mayat di
sekeliling bilik tersebut. Ketika itu Adam terjumpa Maria dan berjalan bersama mencari jalan keluar. Ketika
berjalan Adam ditarik oleh makhluk halus dan terlanggar dinding, Maria terjatuh
dari tangga atas ke bawah. Adam yang cuba ingin menyelamatkan Maria serta
mendengar rahsia kemalangan keluarganya tidak kesampaian kerana Maria mati dan
tidak sempat meminta maaf kepada Adam.
Adam turun ke
bawah kemudian ternampak dengan Pak Osman. Pak Osman memberi nasihat kepada
Adam untuk menolak keimanan dan bersama dengan iblis/syaitan. Adam menolak,
lalu Pak Osman mengarahkan makhluk halus untuk membunuh Adam. Bertubi-tubi Adam
dipukul namun, Adam masih menguatkan dirinya untuk bertahan dan berlawan dengan
iblis/syaitan, Adam meminta/berdoa untuk mendapat pertolongan daripada Allah
supaya dijauhkan dirinya daripada syaitan/iblis.
Akhirnya, doa Adam
dimakbulkan, Pak Osman dipanah petir dan makhluk halus lenyap. Rahim dan Ustaz
Shah sudah berada di banglo lama dan bertemu dengan Adam. Ustaz Shah memberikan
mainan Amir kepada Adam. Rahim memberitahu bahawa Amir terlibat dalam
kemalangan yang lepas dan kembali ke rahmatullah. Adam sangat sedih atas
kepergian anak dan isterinya yang tercinta.
4.0 TEORI STRUKTURALIME
Struktur mengikut Luxemburg (1984:36) merupakan kaitan-kaitan tetap
antara kelompok-kelompok gejala, manakala Wellek dan Warren (1992:56) memberi
pendapat bahawa struktur dimasukkan ke dalam isi dan bentuk, ia dimaksudkan
untuk mencapai tujuan estetik. Struktur karya sastera terdiri dari bentuk dan
isi di mana bentuk merupakan cara pengarang menggarap filem tersebut di dalam
berbentuk visual, tetapi isi adalah buah fikiran pengarang untuk menyatakan
sesuatu di dalam tulisannya.
Kajian teks turut dikaitkan dengan teori struktural, Mana Sikana
(2005) menjelaskan bahawa struktur lebih kepada susunan, sistem pengatur
sesuatu organisasi atau sebagai nama bentuk. Struktural sering diselang selikan
dengan pendekatan formalistik dan kadang kala ia satu kajian sama.
Strukturalisme pula adalah kajian kepada sebuah teori dalam hubungannya dengan
pengertian yang tersusun dan dikaitkan dengan penggunaan lambang-lambang bahasa
(2005: 13).
Menurut sejarah, teori struktural adalah hasil daripada pemikiran
Aristotle yang diterjemahkan melalui bukunya The Poetic, maka muncullah
kajian sastera yang melibatkan unsur dalaman iaitu tema, persoalan, plot, gaya
bahasa dan latar (Mana Sikana, 2005: 16). Penggunaan teori ini adalah untuk
menganalisis filem seram Munafik untuk mengetahui lebih mendalam mengenai filem
tersebut.
Pada dasarnya analisis struktural bertujuan memaparkan sebaik
mungkin fungsi dan kaitan antara berbagai-bagai unsur karya sastera secara
keseluruhan. Analisis struktural tidak cukup dilakukan hanya sekadar mengumpul
data karya sastera sahaja seperti peristiwa, plot, tokoh, latar dan lain-lain.
Lebih penting adalah menunjukkan bagaimana hubungan antara unsur dan sumbangan
apa yang diberikan terhadap tujuan estetik serta makna keseluruhan yang ingin
dicapai. Hal inilah yang membezakan antara setiap karya (Burgan Nurgiyantoro
1998: 37-38).
4.1 Tema
Menurut Stanton (1965: 20) dan Kenny
(1966: 88), tema adalah makna yang di kandung oleh sebuah cerita. Tema juga
merupakan gagasan dasar umum yang menopang sebuah karya sastera dan yang
terkandung di dalam teks sebagai struktur semantis dan yang menyangkut
persamaan atau perbezaan (Hartoko & Rahmanto, 1986: 142). Tema adalah
sebuah karya sastera yang selalu berkaitan dengan makna (pengalaman) kehidupan
(Burhan Nurgiyantoro 1998: 71). Katanya lagi, melalui karya itulah pengarang
menawarkan makna tertentu kehidupan, mengajak pembaca untuk merasakan, dan
menghayati makna (pengalaman) kehidupan tersebut dengan cara memandang
permasalahan itu sebagaimana ia memandangnya.
Filem Munafik membawakan tema keagamaan yang membawa kepada dakwah
Islam. Mesej dakwah dalam filem munafik ini menurut (M. M. Z. Abidin & R.
M. Rasit, 2016: 2-3) dakwah merupakan suatu penyeruan terhadap manusia agar
terus menyelami agama Islam berdasarkan al-Hasanah (contoh teladan yang
baik) yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dan garis panduan ditentukan oleh
Allah SWT. Penyampaian filem ini tidak terhad kepada mana-mana peringkat umur,
masa, kumpulan mahupun bangsa, hal ini demikian kerana, tema tersebut
memberikan makna tersirat dan tersurat kepada audiens.
Persoalan siapakah
yang dikatakan munafik di dalam cerita tersebut, persoalan penolakan dan
penerimaan sesuatu perkara yang baik mahupun buruk. Setiap persoalan itu
mempunyai jawapan yang kuat yang terdapat dalam filem Munafik ini. Keseluruhannya
filem ini memartabatkan agama Islam dan mempengaruhi jiwa audiens supaya
membuka mata untuk melihat lebih mendalam apa yang ingin disampaikan.
4.2 Watak Dan Perwatakan
Penokohan atau dikenali watak sangat penting, ia merupakan watak
utama yang diciptakan oleh pengarang dalam struktur cerita, hal ini kerana
perwatakan yang menggerakkan cerita tersebut ke suatu tempat yang lain. Malah
ia yang membezakan siapa yang membawa jalan cerita tersebut.
Syamsul Yusof sebagai Ustaz Adam dan memegang watak utama dalam
filem Munafik ini. Adam merupakan seorang ustaz yang mempunyai ilmu pengubatan
Islam. Setiap kali ada pesakit yang datang berubat dengannya akan sembuh. Adam
mempunyai seorang anak lelaki bernama Amir dan seorang isteri bernama Zilaikha.
Adam pernah menimpa kemalangan sehingga menyebabkan kematian anak dan
isterinya. Adam seorang yang tidak dapat menerima qada’ dan qadar yang terjadi
ke atas dirinya. Sehinggalah dia menyedari bahawa sikapnya yang tidak dapat
memaafkan kesalahan orang menyebabkan dirinya mengalami masalah jiwa dan
mental. Akhirnya Adam dapat menerima segala ketentuan Tuhan selepas kejadian
itu selesai.
Nabila Huda sebagai Maria seorang anak kepada Pak Osman, dan anak
tiri kepada Zati. Maria bekerja di suatu syarikat besar, dan seorang yang
berkerjaya. Namun Maria mempunyai masalah mental apabila dirinya sering
diganggu oleh makhluk halus menyebabkan Maria terpaksa mengambil ubat penenang.
Maria seorang yang lemah semangat kerana dia sering dirasuk dan diganggu.
Ketakutan Maria untuk memberitahu hal sebenar kepada Adam bahawa dia yang telah
melanggar kereta Adam dan menyebabkan kematian isterinya. Akhirnya Maria mati
dalam keadaan tragis apabila dia terjatuh dari tangga.
Fizz Fairuz sebagai Shah kawan rapat kepada ustaz Adam. Shah
merupakan seorang sahabat yang sering menolong Adam jika dalam kesusahan. Shah
memberikan kata-kata semangat kepada Adam untuk menerima segala ketentuan dan
takdir Tuhan. Shah juga membantu Adam untuk mengubati Maria ketika sedang
dirasuk.
Sabrina Ali sebagai Zati ibu tiri kepada Maria dan isteri kepada
Pak Osman. Zati seorang yang kuat apabila dia sering diganggu oleh syaitan.
Sikapnya seorang ibu tiri yang suka berleter dan memberi nasihat kepada Maria.
Zati sentiasa menolong dan memerhati Maria ketika Maria dalam keadaan tidak
terkawal. Zati hampir-hampir dibunuh oleh Maria ketika Maria dirasuk.
Pekin Ibrahim sebagai Fazli sebagai tukang gali kubur. Fazli tidak
menyukai sikap Adam yang berkeadaan seperti orang hilang akal. Fazli sering
meluahkan perasaan mengenai sikap Adam kepada Shah.
A.Galak sebagai Imam Ali. Imam Ali merupakan Imam kampung tersebut.
Imam Ali sering memberikan ceramah kepada penduduk kampung di surau kampung
tersebut. Imam Ali sangat sering memberi nasihat kepada Adam supaya menerima
qada dan qadar. Imam juga sering membantu Adam untuk mengubati pesakit. Imam
Ali telah terbunuh dalam kemalangan jalan raya kerana gangguan jin.
Zarina Zainoordin sebagai Zulaikha isteri kepada Adam. Seorang ibu
kepada Amir. Razib Salimin sebagai Pak Osman seorang pengamal ilmu hitam.
Mempunyai anak bernama Maria dan seorang isteri bernama Zati. Sering menipu
isterinya. Pak Osman berpura-pura sakit dan tidak dapat berjalan sedangkan
dirinya sihat. Pak Osman yang menyihirkan anaknya Maria dan cuba untuk membunuh
Adam. Akhirnya Pak Osman mati dipanah petir.
Adik Mohd Izuan Fitri sebagai Amir anak kepada Adam dan Zulaikha.
Amir sering menjadi bayangan Adam bahawa Amir masih hidup sedangkan ia sudah
meninggal. Amir seorang anak yang mendengar kata ayahnya, tetapi sering
merindui ibunya yang sudah meninggal.
4.3 Plot
Plot, kejelasan tentang kaitan antara
peristiwa yang dikisahkan secara linear, akan memudahkan pemahaman kita
terhadap cerita yang ditampilkan. Kejelasan plot bererti kejelasan cerita,
kesederhanaan plot bererti kemudahan cerita untuk difahami. Plot mengandungi
unsur jalan cerita atau peristiwa demi peristiwa yang menyusul (Burhan
Nurgiyantoro, 1998: 110-111).
(Shanton,
1965: 14) mengemukakan bahawa plot adalah cerita yang berisi urutan kejadian,
namun tiap kejadian itu hanya dihubungkan secara sebab akibat, peristiwa yang
satu disebabkan atau menyebabkan terjadinya peristiwa yang lain. (Kenny, 1966:
14) plot sebagai peristiwa-peristiwa yang ditampilkan dalam cerita yang tidak
bersifat sederhana, kerana pengarang menyusun peristiwa itu sekadar kaitan
sebab dan akibat.
4.3.1 Permulaan
Cerita ini bermula apabila Adam, Zulaikha
isterinya, dan anaknya terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga meragut
nyawa Zulaikha. Kejadian tersebut menyebabkan Adam tidak dapat menerima
kenyataan dan takdir hidupnya walaupun sering kali dinasihati oleh rakan
baiknya. Maria penduduk kampung yang sama dengan Adam mengalami gangguan jin.
Gangguan tersebut sehingga ke tahap yang kronik menyebabkan Maria hanya
bergantung pada ubat penenang. Maria hidup dalam keadaan ketakutan. Maria
mempunyai keluarga yang menetap di banglo mewah. Kejadian pelik sering berlaku
di rumahnya menyebabkan Zati terpaksa meminta bantuan daripada Adam mengubati
Maria. Selepas didesak oleh imam akhirnya Adam bersetuju mengubati Maria.
4.3.2 Kemuncak
Perkembangan cerita semakin naik apabila,
Maria dan Adam bertemu di rumah Maria
ketika Maria dirasuk teruk. Pelbagai kejadian misteri berlaku sejak mereka cuba
merawat Maria. Imam kampung meninggal dunia ketika mengalami kemalangan ngeri
setelah mengambil tangkal dari rumah Pak Osman.
Kemuncak cerita ini ketika Maria di culik
di hospital lalu di bawa ke rumah banglo. Adam mendapat panggilan dari Maria
yang mengatakan di ingin memberitahu hal sebenar berkaitan dengan kejadian
kemalangan menyebabkan kematian isterinya. Adam cuba menyelamatkan Maria tetapi
Maria telah terjatuh dari tangga. Adam turun ke bawah untuk mendapatkan Maria
tetapi Maria hanya mengucapkan kata maaf kepada Adam dan memberitahu bahawa dia
yang telah melanggar kereta Adam dan menyebabkan kematian Zulaikha.
Muncul pula Pak Osman yang cuba untuk
menjatuhkan keimanan Adam untuk patuh kepada syaitan dan meninggalkan
amalannya. Adam diserang oleh syaitan dengan begitu teruk sehingga tubuhnya
cedera. Adam masih kuatkan dirinya untuk melawan syaitan tersebut dengan
meminta pertolongan daripada Tuhan. Adam membaca ayat-ayat suci lalu
disemburkan kepada Pak Osman menyebabkan Pak Osman telah dipanah petir dan mati
terbakar.
4.3.3 Peleraian
Cerita ini berakhir setelah Adam dapat
mengalahkan Pak Osman dan menghapuskan syaitan. Dirinya sedar bahawa dia tidak
dapat menerima ketentuan Tuhan dan tidak memaafkan orang yang telah menyebabkan
kematian isterinya. Adam berhalusinasi sendiri menyangka anaknya masih hidup
sedangkan anaknya telah mati di dalam kemalangan itu bersama dengan Zaulaikha.
Akhirnya Adam dapat menerima segala kejadian yang dihadapinya dan memaafkan
segala-galanya.
4.4 Latar
Latar merupakan tempat, suasana, dan waktu dalam terjadinya
sesebuah cerita. Latar mampu perkuat atau pertegas keyakinan pembaca dalam
keadaan jalan sesuatu cerita. Latar boleh terbahagi pada tiga umumnya.
Antaranya ialah latar tempat, latar masyarakat dan latar masa.
Latar masa dalam
filem ini adalah sekitar tahun 2015. Terdapat juga beberapa latar masa yang
digunakan oleh pengarah iaitu seperti penggambaran pada waktu pagi, petang, dan
malam. Sebagai contoh, waktu malam dimana Adam sering mengubati pesakit dari
gangguan makhluk ghaib seperti syaitan dan jin.
Seterusnya, dalam filem Munafik ini juga menerangkan latar tempat
iaitu di kawasan hospital dan perkampungan. Sebagai contoh, ketika kemalangan
Adam dan sekeluarga berlaku, ianya berlaku di kawasan perkampungan sunyi, dan
Adam telah terbabas di sebuah pokok ketika pemanduannya. Di hospital pula,
adalah dimana tempat Maria terjaga daripada tidur dan merayau di sekeliling dan
tiba-tiba terserempak dengan makhluk halus. Beliau Maria ingin menyelamatkan
diri dan berlari ke bilik mayat lalu membuatkan dirinya panik sehinggalah
diculik.
Latar masyarakat dalam filem ini umumnya menunjukkan masyarakat
yang bekerjasama lebih-lebih lagi dalam menolong Adam menghalau hantu dari
badan pesakit. Hal ini menunjukkan masyarakat dalam filem ini suka bantu
membantu selain ada yang tidak puas hati dan dengki sesama sendiri. Sebagai
contoh, Pak Osman yang begitu iri hati sifatnya telah dipanah petir pada akhir
cerita. Hal ini menunjukkan filem ini bukan sahaja menimbulkan antagonis watak,
namun juga protagonis watak.
4.5 Teori
Filem ini menggunakan teori yang lebih kepada penyampaian dakwah.
Namun, pada sudut yang lain filem ini menyebarkan teori feminisme dimana Adam
yang begitu meratapi pemergian isterinya, Zulaika. Hal ini menunjukkan seorang
isteri yang cukup feminis sifatnya, begitu kuat disisi suami kerana perempuan
bukan sahaja mampu melahirkan anak, namun juga mampu melakukan segala kerja
rumah dengan sempurna.
Teori modernisme juga diangkat dalam filem ini iaitu dalam
penyampaian perasaan yang begitu penting dan pandangan pada seseorang individu.
Sebagai contoh, Adam yang begitu sopan sifatnya dan merupakan seorang ustaz,
sering mengalami percanggahan idea dan pandangan individu lain yang menanyakan
beliau tentang Islam serta cara perubatan pesakit dalam Islam.
Teori pasca moden juga terdapat dalam filem Munafik ini. Ianya
menggalakkan pemikiran yang bertentangan dengan modenis yang mempercayai bahawa
tiada realiti objektif, dan segala “kebenaran” adalah subjektif. Hal ini boleh
dimaksudkan sebagai sesuatu ayat atau persoalan yang masih boleh dipersoalkan.
Sebagai contoh, Adam yang bilamana mengeluarkan fakta Islam kepada anaknya,
pasti akan dipersoalkan tanda proses pembelajaran kanak-kanak itu untuk ke
tahap yang lebih dewasa. Justeru itu, dalam filem Munafik, setiap kebenaran itu
adalah ciptaan manusia dan ianya merupakan asas kepada pendekatan dekonstruksi
iaitu membawa maksu tiada apa-apa dalam dunia ini yang tidak berubah.
4.6 Laras Bahasa
Definisi laras bahasa ialah gaya atau cara dalam menggunakan
sesuatu situasi. Laras akan sentiasa berubah-ubah mengikut fungsi dan keadaan
dan menitikberatkan pilihan kata atau istilah. Laras bahasa sering menggunakan
struktur ayat yang berlainan mengikut disiplin atau bidang tertentu. Mengikut
Za’ba (1962), laras ialah rupa bahasa yang dipakai apabila bercakap atau
mengarang yang menggunakan sedikit kekreatifan. Ianya adalah untuk menghuraikan
sesuatu perkataan baku, ikatan ayatnya, jalan bahasanya, dan cara susunannya.
Laras bahasa juga ada mempunyai bentuk peribahasanya. Manakala mengikut Brian
Seaton (1982) pula laras ialah satu variasi bahasa yang wujud daripada situasi
yang berlainan seperti umur, jantina dan tajuk percakapan.
Filem ini banyak menggunakan laras bahasa umum iaitu yang mudah
difahami seperti dialog yang dilontarkan oleh Ustaz Adam kepada anaknya atau
penduduk kampungnya ketika mengubati orang sakit atau orang yang kena rasuk.
Terdapat juga pengguguran penggunaan kata sendi nama dan penggunaan ayat yang
pendek dan ringkas. Jelas lagi, filem ini banyak menggunakan laras bahasa agama
seperti bahasa klasik terutama pada kosa katanya. Sebagai contoh, Ustaz Adam
sering menggunakan istilah agama dan ayat Al-Quran yang khusus bagi merawat
pesakit yang sering diganggu makhluk ghaib.
Laras bahasa pasar juga digunakan terutamanya dalam percakapan dan
dialog Adam bersama anak dan masyarakat lain. Sebagai contoh, ada singkatan
perkataan seperti ‘nak’, dan ‘tak’ yang digunakan oleh Adam dalam memberikan
lebih keberkesanan dari aspek lontaran dialog dan emosi pelakon. Selebihnya,
laras bahasa kanak-kanak juga ada dalam filem ini. Sebagai contoh, laras bahasa
Amir, bila berdialog bersama ayahnya, Adam dalam menyampaikan sesuatu. Dalam
laras ini, biasanya bahasa perlambangan langsung tidak digunakan dan begitu
juga dengan bentuk bahasa yang berbunga-bunga. Ianya lebih kepada
terang-terangan dan spontan.
4.7 ANALISIS POSTER MUNAFIK
4.7.1 Watak
Dalam poster ini, mempunyai dua watak yang telah ditonjolkan. Watak
amat penting untuk di teliti penilaian watak perwatakan yang teliti memainkan
peranan yang penting meliputi ekspresi wajah, tingkah laku, posisi dan bahasa
tubuh. Watak yang dipaparkan dalam poster kebiasaanya merupakan watak yang
membawa cerita maju ke depan dari permulaan hingga pengakhiran. Meniru gaya
aksi dan gaya pengucapan dialog yang mewakili reality sebenar masyarakat
khasnya masyarakat Melayu. Perletakan watak di tengah-tengah itu kelihatan
seimbang dan menunjukkan watak tersebut yang akan berada di permulaan,
pertengahan dan pengakhiran cerita ini.
4.7.2 Teks
Bahasa yang digunakan dalam poster adalah berbentuk teks atau
copywriting yang mana bahasanya dipertuturkan oleh masyarakat melayu.
Penggunaan bahasa melayu yang menggambarkan perkataan menonjolkan sifat atau
sikap individu yang kini ada di sekeliling kita dan menggambarkan individu
tersebut. Bahasa yang digunakan dalam poster ini yang merujuk kepada tajuk
adalah campuran bahasa yang berasal daripada bahasa Arab iaitu Munafik. Bahasa
ini juga telah banyak diguna pakai dalam bahasa melayu dan sering diungkapkan
oleh segelintir masyarakat untuk menggambarkan keadaan seroang individu yang
munafik. Teks yang digunakan juga mudah difahami dan dibaca oleh semua
penonton. Teks dan watak di atas juga dapat menimbulkan persoalan dan apa
hubungan di antara kedua-kedua perkara di atas.
4.7.3 . Simbol
4.7.3 . Simbol
Poster merupakan
satu bentuk seni komunikasi yang berfungsi sebagai alat pengiklanan,
perhubungan, pengumuman atau alat pemberitahuan bagi mempromosikan sesuatu
perkhidmatan atau barang. Poster berfungsi untuk menyampaikan mesej dengan
jelas, cepat dan berkesan kepada audien.
Simbol merupakan
satu isyarat atau perlambangan yang memberi sesuatu makna dan maksud yang
tersendiri. Poster ini menggambarkan sebuah filem seram. Melalui poster ini
dapat dilihat genre seram yang menonjol iaitu penggunaan tangan makhluk halus pada
muka seorang lelaki. Tangan makhluk
halus memberi simbol maksud manusia tidak akan terlepas daripada godaan syaitan
atau jin. Penggunaan gender lelaki digunakan dalam poster bagi menunjukkan simbol
kekuatan watak utama dalam filem ini. Justeru itu, ekspresi wajah watak
tersebut mampu menunjukan suatu perasaan samaada takut, ragu-ragu dan
sebagainya.
4.7.4 . Warna
Di
samping itu, warna merupakan elemen yang penting dalam pemilihan membuat
poster. Warna memberi kesan yang mendalam kepada audien malah, turut memberi
kesan kepada atau mood kepada poster.
Contohnya, poster yang menggunakan warna suram dan gelap menunjukan poster
tersebut suram serta mewujudkan unsur seram sama seperti penggunaan poster
filem Munafik ini. Penggunaan warna yang digunakan dalam poster ini berjaya
mewujudkan unsur seram. Justeru itu, pemilihan warna yang gelap seperti hitam
dan warna panas seperti merah dan jingga turut memberi kesan yang lebih
realistik dalam mengutamakan genre seram filem tersebut.
5.0 Kesimpulannya
Kesimpulan secara
keseluruhan analisis ini kita dapat lihat perkaitan antara kesemua elemen ini bersambung
antara satu sama lain. Bermula dari unsur luaran sehinggalah kepada unsur
dalaman filem dan poster tersebut. Setiap analisis ini merungkaikan banyak
maksud dan makna yang tersurat mahupun tersirat.
Dengan menggunakan
teori struktural ini pengkaji mengkaji beberapa elemen iaitu dari segi filem
pengkaji menganalisis tema, watak dan perwatakan, plot dan latar manakala
poster pula, pengkaji menganalisis watak dominan, latar belakang poster, props
yang digunakan, simbol yang terdapat dalam poster tersebut yang menjadi lambang
kekuatan filem Munafik, bentuk atau jenis huruf (font) yang dipakai bersesuaian
dengan filem Munafik.
tahu tak jenis font yang digunakan dalam poster munafik ni?
ReplyDelete